Intel Bekerjasama Dengan MediaTek Untuk Modem 5G Pada Komputer

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
Intel dan MediaTek kini mengumumkan kerjasama, dimana Intel akan menyediakan spesifikasi untuk penyelesaian 5G, dan modem 5G berkenaan akan dibangunkan oleh MediaTek. Modem berkenaan dijangka akan digunakan pada komputer – sekaligus menawarkan pengalaman sentiasa berhubung melaluinya.

Intel mengatakan produk pertama yang menggunakan penyelesaian daripada Intel dan MediaTek ini akan ditawarkan seawal 2021 kelak, dimana Dell dan HP dikatakan antara yang akan menggunakan penyelesaian 5G ini.

Kerjasama ini semestinya menguntungkan kedua-dua pihak, apatah lagi dengan Intel yang telah keluar daripada perniagaan telefon pintar baru-baru ini. Bagi MediaTek pula, ia akan memberikan lebih kredibiliti kepada jenama mereka, selain turut membawa masuk penawaran MediaTek ke arena komputer riba. Selain daripada itu, pada masa yang sama, kerjasama ini semestinya turut akan memberikan tekanan kepada Qualcomm yang mana turut telah mula bekerjasama dengan beberapa pengeluar komputer riba untuk menggunakan cip pemprosesan mereka.



Sumber asal https://newsroom.intel.com/news/intel-mediatek-partner-deliver-5g-pc/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
Dimensity 1000 5G, Cip 5G Pertama Dari MediaTek

Seperti dijanjikan, Mediatek akhirnya melancarkan cip pertama mereka yang menyokong rangkaian 5G secara terbina. MediaTek Dimensity 1000 5G ialah cip yang bukan sahaja menyokong rangkaian selular generasi terkini tetapi turut dikatakan mengurangkan penggunaan bateri pada peranti mudah alih.

Dimensity 1000 dilengkapi empat teras Cortex A77 pada kelajuan 2.6 GHz dan empat teras Cortex A55 pada kelajuan 2.0 GHz. Ini dipadankan pula dengan cip GPU Mali-G77 MC9. Seperti kesemua cip peranti mudah alih moden, Dimensity 1000 juga dilengkapi cip kecerdasan buatan APU yang kini sudah memasuki generasi ketiga.

Sokongan memori adalah sehingga 16GB LPDDR4X dan skrin sehingga QHD+ 90Hz. Kamera utama tunggal sehingga 80 Megapixel atau kombinasi 32+16 Megapixel disokong. Rakaman video pula boleh dilakukan sehingga resolusi 4K 60FPS lengkap dengan HDR.

Menurut MediaTek, menerusi Dimensity 1000 peranti boleh menikmati kelajuan muat turun sehingga 4.6 Gbps dan muat naik pula sehingga 2.5 Gbps. Dua SIM 5G boleh disokong secara serentak asal ia menggunakan frekuensi di bawah 6 GHz. Selain itu rangkaian WiFi 6 dan Bluetooth 5.1 juga disokong secara terbina meletakkannya setanding dengan cip mercu keluaran Qualcomm dan Samsung.

MediaTek berkata peranti pintar pertama yang menggunakan Dimensity 1000 akan mula dikeluarkan menjelang penghujung 2019. Pengeluar pertama menggunakan cip ini masih belum diumumkan pada waktu ini.



Sumber asal https://www.mediatek.com/news-events/press-releases/mediatek-announces-dimensity-worlds-most-advanced-5g-chipset-family-dimensity-1000-5g-soc
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,358
Reaction score
2,115
Points
226
MediaTek Dimensity 1000 5G Di Umumkan

Sebelum ini MediaTek cukup terkenal dengan cip pemproses yang kurang disukai oleh penggemar telefon pintar kerana hasilnya yang kurang memuaskan pengguna. Namun MediaTek seakan mula mengubahnya dengan perkenalan cip pemproses Helio G90T yang digunakan pada Redmi Note 8 Pro.

Dan kini MediaTek sekali lagi menggemparkan dunia teknologi peranti apabila pihak mereka telah mengumumkan cip pemproses terbaru mereka iaitu MediaTek Dimensity 1000 5G yang bersaiz 7nm, prestasi 4 x ARM Cortex-A77 dan Mali-G77 GPU. Malah menyokong paparan QHD+ bersama segar semula 90Hz, kamera sehingga 80MP, dwi-SIM 5G pertama di duni dan pelbagai lagi.

Menariknya lagi pada cip pemproses ini, skor AnTuTu Benchmark yang dikongsikan oleh GSMarena telah menunjukkan hasil 511,363. Sekaligus meletakkan skor AnTuTu fon dengan cip pemproses Snapdragon 855+ dan Apple A13 Bionic dibawah iaitu ASUS ROG Phone 2 (496,226) dan iPhone 11 Pro Max (456,065). Namun tidak dapat dipastikan fon apa yang telah digunakan pada cip pemproses MediaTek ini untuk ujikaji ini.





Sumber asal https://www.theinquirer.net/inquirer/news/3084281/mediateks-dimensity-1000-5g-soc-official
 
Sponsored Post
Top
Log in Register