BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Intake politeknik metro johor bahru

PMJB

Freshie
Messages
29
Joined
Aug 22, 2011
Messages
29
Reaction score
0
Points
3
Salam


Calling2 untuk adik-adik lepasan SPM yang bermastautin di negeri Johor khususnya Johor Bahru untuk mengikuti Diploma Islamic Banking & Finance di Politeknik Metro Johor Bahru .
 
Latar belakang Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB)

PMJB mula beroperasi pada 1 April 2011.
PMJB merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Kampus sementara PMJB sekarang menumpang di Politeknik Johor Bahru yang terletak di Pasir Gudang. Manakala bangunan tetap terletak di Taman Suria, Johor Bahru.
 
Last edited:
Syarat Permohonan

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus SPM serta memenuhi syarat minimum berikut:
a. Lulus Bahasa Melayu
b. Lulus Bahasa Inggeris
c. 5 kepujian berikut:
i. Matematik/Matematik Tambahan
ii. Satu matapelajaran kumpulan Sains/Teknologi
/Vakasional/Sastera Iktisas
iii. 3 matapelajaran lain
 
ni politeknik yg sama ke cmne?

Politeknik Metro Johor Bahru adalah cabang politeknik yang sedia ada. Tetapi fokusnya adalah di bandar-bandar utama.

Contoh Politeknik Metro yang baru ditubuhkan adalah Politeknik Metro Kuala Lumpur, Politeknik Metro Kuantan.
 
Last edited:
sekiranya anda mempunyai adik atau saudara lepasan SPM dan berkelayakan bolehlah war-warkan.

Minta mereka call Politeknik Metro Johor Bahru 07 261 1755 untuk khidmat nasihat, semakan kelayakan dan permohonanan kemasukan ke Politeknik Metro Johor Bahru.

 
Pengambilan pelajar untuk Semester Disember akan dilakukan pada akhir November 2011. Oleh itu kami buka pendaftaran sehingga 12 September 2011
 
Last edited:
Jangan risau. Politeknik Metro ni adalah institusi dibawah kerajaan.. so yuran pengajian nya murah iaitu RM200 satu semester. Pada semester pertama maybe perlu juga yuran pendaftaran sebanyak RM500.
 
Cuma kami tidak menyediakan asrama atau tempat tinggal untuk pelajar. So untuk tidak membebankan pelajar kami menggalakkan warga Johor Bahru untuk apply.
 
Back
Top
Log in Register