BTC USD 84,729.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insurans Nyawa Paling Bagus

【MLTA】
Get your loan protected with MLTA.
More @ http://bit.ly/2ell171


dpdeeu.jpg


Thanks
Have a nice day.
 
Kenapa sykt insuran xmau cover/bantu org ada penyakit kronik?? Cth cancer,jantung...dll???

Knp??? Knp???? Ckp mau tolong...bla...bla..bla...

Atau mau duit buta sahaja ke???

Salam,

Saya sendiri ejen dan pernah tanya soalan mcm ni pada senior saya, kenapa REJECT sakit-sakit macam ni.

Jawapannya :

Dalam TAKAFUL, konsepnya adalah TABUNG. Saya mencarum contoh RM100/sebulan, En Halim RM100/sebulan, dan En Ali RM100/sebulan.
Semua waktu mencarum adalah SIHAT.
Bila berlaku musibah pada En Halim, En Halim akan KOREK TABUNG yang ada tu untuk keperluan dia. Begitu juga jika berlaku pada SAYA atau En Ali.

Kenapa dah sakit kritikal seperti yang disebutkan TAKAFUL akan REJECT.
Sebabnya, ADIL ke orang yg dah sakit, masuk TAKAFUL dan terus KOREK DUIT TABUNG ?

Sebab itu kena beringat, SIHAT SEBELUM SAKIT, HIDUP SEBELUM MATI.
Ramai masyarakat MELAYU kita, dah kena batang hidung baru nak kelam kabut.
Waktu ejen approach utk share kepentingan TAKAFUL, "SAYA MASIH SIHAT"
Sedangkan pernah tahu bila "SAYA AKAN SAKIT" ?


INSURANS/TAKAFUL = SAMA saja, INSURANS ni tak patuh syariah, TAKAFUL ni patuh syariah

TAKAFUL NYAWA = jika pemilik polisi meninggal dunia samada secara semulajadi atau selain itu, sejumlah pampasan akan dibayar kepada waris seperti yg dinyatakan dalam polisi.
(bunuh diri dalam tempoh 1 tahun tidak akan dibayar)

TAKAFUL KEMALANGAN = jika pemilik polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan, contohnya kemalangan motor, sejumlah pampasan akan dibayar kepada waris seperti yang dinyatakan dalam polisi.
HANYA MATI DISEBABKAN KEMALANGAN, MATI SEMULAJADI/PENYAKIT TIDAK AKAN DIBAYAR.

TAKAFUL SAKIT KRITIKAL = jika pemilik polisi mengalami SAKIT KRITIKAL, sejumlah pampasan akan dibayar kepada waris seperti yang dinyatakan dalam polisi.

TAKAFUL KAD PERUBATAN = hanya akan COVER RAWATAN HOSPITAL. HAD COVERAGE tertakluk kepada pelan yang diambil.


Nak ngeteh pasal TAKAFUl, blh PM ambe :D
Sembang2 minum teh tarik je, tak letak PISAU kat tengkuk pun :))
 
Last edited:
Kenapa sykt insuran xmau cover/bantu org ada penyakit kronik?? Cth cancer,jantung...dll???

Knp??? Knp???? Ckp mau tolong...bla...bla..bla...

Atau mau duit buta sahaja ke???

Kenapa time sihat xnak sign up dengan Insurans/Takaful.... kenapa? Kenapa?

Atau mau perabis duit Tabarruk peserta lain ja ka?

P/s: Takaful bukan baitulmal atau badan kebajikan. Kalau dah sakit baru nak mohon bantuan, boleh ke dua badan yg saya sebutkan tadi ya.
 
yg paling bagus adalah yang dibayar carumannya dan perlindungan berstatus aktif
 
Kenapa sykt insuran xmau cover/bantu org ada penyakit kronik?? Cth cancer,jantung...dll???

Knp??? Knp???? Ckp mau tolong...bla...bla..bla...

Atau mau duit buta sahaja ke???

mcm ni bro.... bayangkan bro sebuah kereta, dan syarikat takaful ni bakal pembeli.

........... sah sah bakal pembeli tak nak beli kereta rosak, enjin tersedut sedut tersadai tepi jalan.
 
mcm ni bro.... bayangkan bro sebuah kereta, dan syarikat takaful ni bakal pembeli.

........... sah sah bakal pembeli tak nak beli kereta rosak, enjin tersedut sedut tersadai tepi jalan.

mcm mana pulak kalau kereta tu dah masuk woksyop dan dah di repair? :D
 
aku dah compare 4 - GE, Pru, MAA, Ikhlas bagi puas hati ikut keperluan aku.
 
dah ada insurans,,ingin tambah lagi insurans,,bookmark dulu
nk cari yg betul2 terbaik,,kpd ejen insurans jgn duk pm eden ya,,
kang penuh pulak inbox
 
Marketing strategi company takaful sekarang nk promote pelan pampasan kematian ratus2 ribu, kalau dulu berlumba2 upgrade pelan kad perubatan.

Pelan kad perubatan ni dh mcm beli handphone, kejap je obsolete bila pelan baru dilancarkn, nk upgrade dh berumur atau pernah claim, haisshhh..
 
Back
Top
Log in Register