Datuk Haji Karim Ghani: Yang Berhormat, tapi kita mesti mati dulu.
Puan Siw Chun a/p Eam: Tidak semestinya, tidak semestinya, ini cuma contoh.
Sekiranya kita melabur atau potongan RM150 satu bulan itu, ia tidak terhad, kadang-
DN.20.07.2005 36
kadang kita ada duit bulan, kita boleh bayar RM500. Ada sesetengah itu dia kena loteri,
tak tau duit nak simpan di mana, boleh simpan dalam bank itu untuk pelaburan, fleksibel.
Kemudian sekiranya wang kita, duit kita yang kita bayar itu sebanyak, dalam akaun tu
ada RM4,000, jadi kita boleh ambil keluar macam bank biasa kalau kita perlukan wang.
Tetapi minimum kena bayaran kita mesti ke RM4,000. Maksudnya satu tahun RM1,800,
jadi dalam tiga, empat tahunlah. Kita boleh withdraw mengeluarkan duit itu.
Dari segi pelaburan pula, untung yang kita dapat dari segi pelaburan, kalau kita
tak mahu ambil duit itu, duit itu akan accumulate, ia akan bertambah dividen, bertambah
lagi dividen, ini kebaikannya. Jadi, investment link ini fleksibel, Tuan Yang di-Pertua,
fleksibel dan memang sesuai untuk zaman sekarang. Kalau boleh saya ingin
mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mempraktikkan penasihat, memang ubah
nama itu memang sudah sesuai dan juga sesuai pada masanya. Kalau boleh
ubahkanlah sesiapa yang nak jadi penasihat kewangan haruslah berlatarbelakangkan
apa yang saya sebut tadi. Kena mempraktikkan, compulsory, jadi penasihat kewangan
ini akan menjadi satu penasihat kewangan yang betul-betul boleh menasihatkan rakyat
tentang kewangan, itu dia.
Di sini saya ingin tanya pihak kerajaan, bilakah kerajaan akan mempraktikkan
perkara ini? Dan, kenapa firma-firma insurans swasta sekarang sudah praktikkan?
Sudah praktikkan dan gelaran yang mereka beri kepada wakil insurans mereka ialah
financial consultant iaitu perunding kewangan dan perkara ini telah diketahui dengan
berleluasanya. Cuma ada satu kelemahannya yang saya buat kajian dalam investment
link, dalam firma-firma insurans yang saya sebutkan tadi macam AIA, Great Eastern,
MAA. MAA ini memang very popular dalam TV, ada satu advertisement yang kata MAA,
MAA. Jadi, mungkin ini satu cara untuk advertise dia punya syarikat insurans tetapi ini
adalah satu kejayaan mereka.
Ada sesetengah firma insurans dalam investment link ini saya sudah menyatakan
bahawa dia ada dua cabang iaitu perlindungan dan pelaburan. Tetapi dalam
perlindungan kita akan dapat satu medical card, dalam perlindungan. Medical card ini
boleh digunakan semasa kita sakit dan memasuki private hospitals atau hospital-hospital
swasta. Sekarang rakyat kita, kebanyakannyalah rakyat kita telah menyedari dan suka
pergi private hospitals dan mungkin mereka anggap bahawa hospital swasta service dia
DN.20.07.2005 37
lebih bagus, specialist dia lebih cukup dan juga dengan peralatan-peralatannya. Ini
adalah tanggapan orang sekarang, jadi bila kita sudah ada medical card dalam
investment link, apabila kita memasuki hospital swasta dan kebetulan hospital swasta,
bila kita masuk dia akan bagi kita satu list, hospital-hospital swasta seluruh Malaysia dan
juga dunia, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita pergi Beijing, kita sakit ke apa, kita masuk
hospital free, swasta.
Jadi bila pergi ke hospital, kita cuma sua kan saja kad ini, bila suakan kad,
deposit pun kita tak perlu bayar, tak perlu. Sebab itu di antara bank insurans dengan
hospital swasta, jadi ini sudah banyak meringankan beban rakyat kita. Dan, hospitalhospital
swasta yang saya maksudkan yang menjadi panel firma-firma insurans
kebanyakannya sama, contohnya macam Gleneagles, Island, Mutiara, Fatimah, KMC,
PMC, yang Sabah Sarawak itu saya rasa Sabah Medical Centre (SMC). Jadi,
semuanya menjadi panel firma-firma insurans.
Tetapi kelemahannya di sini, saya cuma hendak bagi pihak kerajaan cuba imbas
balik dan macam mana hendak buat perubahan supaya perkara ini tidak berlaku. Okay,
masalahnya ada setengah firma-firma insurans, bila kita menjadi pemegang polisi atau
melabur dalam investment link, masa itu kita sihat, kita masih sihat dan tidak
berpenyakit.
Penyakit ini datang dia tidak tentu masa. Selepas 3, 4 tahun selepas kita invest
dalam investment link, kita jatuh sakit dan kita terpaksa belanja wang yang banyak. Ada
syarikat insurans ataupun firma insurans yang guarantee renewal, dengan izin Tuan
Yang di-Pertua. Guarantee renewal maksudnya kita masuk guarantee renewal sampai
ke umur 75. Tetapi ada firma insurans yang dia bukan guarantee renewal. Maksudnya
kalau tahun yang ketiga saya sakit, dan saya mungkin guna RM100,000 duit untuk
mengubati penyakit saya. Tahun keempat dia tidak akan renew kepada saya. This is
unfair, tidak adil kepada kita.
Firma insurans ini, dia hanya mengautkan keuntungan. Tidak ambil premium kita
semasa kita sihat dan kita ini hendak invest dalam ini, kita untuk protect kita semasa kita
sakit. Ada firma insurans, saya tidak mahu sebutlah, firma mana, tetapi saya telah
mendengar masalah ini. Cuba pihak kerajaan renung dan kaji balik. Kenapa firma
insurans melakukan perkara sebegitu. Kalau boleh kepentingan rakyat, haruslah dijaga.
DN.20.07.2005 38
Kita membayar setiap bulan untuk protection dan apabila kita sakit, dia terus cancel kita
punya medical card. Jadi ini tidak adil. Saya minta pihak kerajaan meneliti perkara ini.
Ada firma insurans yang dia punya pelanggan-pelanggan medical card ini banyak
sakit dan banyak masuk hospital swasta dan mereka menghadapi kerugian. Ada satu
syarikat insurans sekarang yang menghadapi masalah kewangan, mereka tidak
memberitahu, tidak memaklumkan kepada pelanggannya bahawa hospital swasta itu
sudah tidak menjadi panel dia. Rakyat biasa yang memegang kad ini, pergi masuk satu
hospital, ini berlaku di dalam kalangan ahli keluarga saya. Dia bawa kad ini pergi ke
satu hospital swasta di mana dahulu perunding kewangan itu mengatakan inilah panel
hospital yang kita boleh masuk, masuklah dia. Apabila masuk, dia kata kena bayar
deposit. Jadi, ahli keluarga saya pun tanyalah. Depa kata tidak payah bayar, kalau ada
kad ini. Tetapi dia kata, kami sudah tidak jadi panel pada syarikat ini.
Sekiranya pemegang medical card itu, kad perubatan itu, adalah seorang yang
hanya mengharapkan wang untuk mengubati penyakitnya dalam medical card untuk
bayar deposit. Susahlah mereka hendak cari bayar deposit itu, bukannya ia berpuluh
ringgit, tetapi beribu kalau hospital swasta. Masa itu sakit tidak sangka. Ini adalah satu
masalah kini yang berlaku. Baru-baru sahaja yang berlaku.
Pihak kerajaan kena teliti syarikat mana yang berlaku. Satu lagi yang saya ingin
tanya kepada pihak kerajaan, investment link sudah popular dalam pasaran sekarang
dan mereka firma insurans, joint-venture dengan bank, dengan kerjasama dengan bank.
Kenapa bank-bank pula diberi lesen untuk menjalankan perniagaan yang
sebegitu. Ada bank-bank yang ada apabila kita pergi ke bank, dia akan tanya tarik ke
satu tempat kaunter depan dan akan kempen tentang benda yang sama. Adakah
perkara ini akan berlakunya overlapping ataupun percanggahan dengan firma insurans...