Jika tiada hubungan dgn MAATAKAFUL bermakna tuan telah melakukan MIS SELLING, ini merupakan satu kesalahan serius di bawah IFSA 2013 Bertarikh 1 Julai 2013. Saya bukan agen MAA insuran atau takaful tetapi saya ada mempelajari sedikit tentang risk management, AMLA, akta takaful dan IFSA. Dalam banyak banyak akta IFSA merupakan yang paling serius kerana BNM boleh membatalkan syarikat takaful atau insuran tuan akibat dari MIS SELLING ini.
Saya juga telah menghubungi beberapa agen MAA dan mereka juga terkejut dgn apa yang sy tanyakan tentang konsep yang tuan lakukan ini.
Nasihat saya promote bisnes secara sihat tanpa melakukan kesalahan yang bertentangan dgn undang undang. Penipuan sebegini merupakan satu yang tidak boleh dimaafkan sehingga akhir hayat. Cuba bayangkan pulangan yg tuan nyatakan tu tidak benar seperti yang diprojekkan bukankah itu akan menjadi dosa yang berpanjangan. Lebih lagi jika hasil yg diperolehi digunakan untuk memberi makan kepada ahli keluarga pasti tiada keberkatan dalam hidup. Dalam hidup ini wang bukan segalanya walaupun segalanya memerlukan wang. Bersainglah secara sihat dgn para agen yang bertaburan di negara ini dan jangan sekali kali kondem syarikat orang. Percaya kepada rezeki yang diterima adalah dari ALLAH dan bukan dari kepandaian kita menjual. sekian mohon maaf mencadang. tq