Misi IMR adalah untuk meningkatkan kesihatan dengan menjalankan penyelidikan bioperubatan yang berkualiti untuk menangani keutamaan kesihatan nasional, menyediakan perkhidmatan diagnostik khusus dan membina keupayaan negara melalui pemindahan teknologi dan perkhidmatan perundingan.
Keterlihatan (visibility) IMR adalah penting untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan penyelidikan khususnya bidang bioperubatan dalam kalangan masyarakat seperti yang termaktub dalam Pelan Strategik IMR 2019 - 2030.