BTC USD 85,494.7 Gold USD 4,175.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

InstaFX Perak - Insta Learning Systems Sdn Bhd

KPMG hari ini menyatakan Australia telah mengalami persaingan yang lebih sengit untuk menjadi destinasi utama para perlabur dari China. Pada tahun 2012, Canada merupakan "The Top Investment Destination" untuk China. Ini adalah kesan dari langkah pelabur China yang ingin mempelbagaikan pelaburan mereka selain dari industri perlombongan.
 
Mervyn King iaitu Governor Bank of England (BoE) menyatakan bahawa GBP berada pada nilainya yang "sebenar". Komen ini adalah susulan dari kebimbangan mengenai kejatuhan nilai Sterling Pound yang boleh menyebabkan inflasi menaik dan memberi kesan buruk kepada rakyat. - Via Financial Times (gated)
 
Pasaran hari ini telah menyaksikan situasi "risk - off" dimana nilai matawang USD meningkat berbanding matawang negara - negara lain akibat situasi di eropah dan Cyprus secara khususnya. Ini adalah ekoran dari langkah Troika yang mahukan setiap deposit yang disimpan di Cyprus dikenakan "one off levy" (cukai) sebanyak 9.9% untuk jumlah simpanan Euro 100,000 keatas dan 6.75% untuk jumlah simpanan kurang dari Euro 100,000. Parlimen Cyprus hari ini akan mengadakan undian untuk meluluskan cadangan Troika ini.
 
great,ada forex news dalam versi Bahasa Melayu..
cgrocks.gif
 
Perkembangan dari Cyprus: Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa simpanan dibawah Euro 20,000.00 tidak akan dikenakan cukai. Jika berita ini benar, Ini dapat mergurangkan kesan negative kepada rakyat Cyprus kerana hampir separuh dari jumlah simpanan di bank - bank adalah dimilliki oleh para pelabur luar negara.
 
Parlimen Cyprus hari ini menolak cadangan Troika untuk mengenakan cukai kepada wang yang disimpan didalam bank - bank di nagara Cyprus. Ini menyebabkan keadaan yang tidak pasti dieropah. Kerajaan Cyprus juga dikatakan sedang berbincang dengan kerajaan Russia untuk menyuntik modal kedalam negara mereka melalui penjualan bank - bank yang bermasalah
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12610
USD / JPY
158.125
GBP / USD
1.32792
USD / CHF
0.83129
USD / CAD
1.42088
EUR / JPY
178.064
AUD / USD
0.69854
Back
Top
Log in Register