BTC USD 60,762.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

InstaFX Perak - Insta Learning Systems Sdn Bhd

-sambungan-

Motivasi Trader Bahagian 4:

Tahap 4 ( Conscious Competence )
Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah sebahagian dari risiko dlm apa jua bisnes.

Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki sistem anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar.

Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.

-bersambung-
 
-sambungan-

Motivasi Trader Bahagian 5:

Tahap 5 ( Unconscious Competence )
Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu trading secara rilek, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit dan seterusnya.

Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optimum, dimana anda telah dpt menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan terkumpul yang anda peroleh.

Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader Tahap 1.

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.
Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal.

Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.
Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.

Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:
” SAYA SEORANG TRADER”

INI PANDUAN SEBENAR DARI TRADER YANG PROFESSIONAL. DEWASA INI TERLALU BANYAK PERKARA TELAH MEROSAKKAN FOREX SEPERTI EA,ROBOT DSB. WARREN BUFFET SENDIRI KATA KALAU ROBOT BOLEH BUAT KERJA DALAM FOREX,MEREKA TAK PERLU ADA FUND MANAGER,SO TEPUK DADA TANYALAH SELERA. PANDUAN SEBENAR TELAHPUN DIBERIKAN DIATAS. BELAJARLAH FOREX DENGAN CARA YANG BETUL SEPERTI PROFFESIONAL. CARI MENTOR ATAU CIKGU YANG IKHLAS DAN BERI LIVE SUPPORT UNTUK SEMUA. JANGAN ANGGAP FOREX NI TERLALU MUDAH SAMPAI BOLEH GUNA ROBOT JE. INGAT, NO GAINS WITHOUT PAIN, KITA TAKKAN BERJAYA KALAU KITA TIDAK MENGHARUNGI KESUSAHAN DALAM HIDUP KITA DAN BEGITU JUGA DALAM TRADING.

sumber: http://abuyakatang.blogspot.com/2012/10/proses-menjadi-seorang-trader-berjaya.html
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15246
USD / JPY
160.305
GBP / USD
1.33430
USD / CHF
0.79622
USD / CAD
1.39335
EUR / JPY
184.744
AUD / USD
0.70520
Back
Top
Log in Register