Selamat Menyambut Maal Hijrah 1446
Salam Maal Hijrah
Di kesempatan ini, saya dan syarikat InstaForex ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah, tahun baru Islam 1446H kepada semua rakyat Malaysia. Seperti sedia maklum, ada dikalangan kita sudah menempuh tahun Hijrah sebelumnya dengan penuh rintangan dan cabaran dan pastinya terdapat banyak peristiwa yang pahit mahupun yang manis terjadi dalam kehidupan masing-masing sepanjang tahun sebelumnya. Akhir kata, saya mengharapkan semoga tahun Hijrah yang datang hari ini membawa sinar kejayaan lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding sebelum ini.
Awal Muharram (Maal Hijrah) Hari Terpenting Dalam Islam
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang amat penting bagi umat Islam kerana mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam Islam. Selain kita mengambil iktibar disebalik peristiwa Hijrah, marilah kita menggunakan kesempatan ini dengan memasang azam dan iltizam untuk berusaha lebih kuat di tahun baru Hijrah ini, maka kejayaan yang lebih tinggi dan impian yang mahu direalisasikan ianya mampu dizahirkan dengan sempurna.
Menghayati Maal Hijrah
Dalam pada itu, sebagai Umat Islam kita perlu menghayati Maal Hijrah dengan kembali mematuhi tuntutan agama. Yakni bahawa, Islam menghendaki kita berhijrah mencari kebaikan dan kejayaan. Sambutan Maal Hijrah juga peluang untuk kita muhasabah diri mencari kekuatan dan kelemahan diri. Sekali Hijrah, Tetap Istiqomah.
Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Islam Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1446.