BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insta360 Go 3 Dengan Video 4K Akan Di Lancarkan 27 Jun 2023 ?

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Insta360, syarikat yang terkenal dengan kamera keliling seperti Insta360 X3 telah menjadualkan satu sesi pengenalan produk baharu. Mereka telah mengutuskan teaser sejak 20 June tempoh hari dengan status yang menunjukkan produk yang bakal dilancarkan ini adalah bersaiz kecil seperti penggunaan frasa “tiny revolution”.


Seperti yang kita tahu, dalam penawaran sedia ada Insta360 memang ada kamera kerdil iaitu Insta360 Go 2. Tidak syak lagi sekuel kepada Go 2 akan dilancarkan tak lama lagi. Ia tidaklah mengejutkan kerana Go 2 sudahpun berada dalam pasaran sejak tahun 2021 dan sudah tiba masanya pembaharuan dibawakan. Buat pengetahuan anda Insta360 Go 2 digelar pengeluarnya sebagai kamera aksi terkecil di dunia. Disebabkan badannya yang kecil, sensor pengimejan yang terkandung di dalamnya juga kecil iaitu pada 1/2.3”. Ia mampu merakam pada resolusi sehingga QHD pada kadar bingkai 30fps ataupun FHD pada kadar bingkai 120fps untuk slow-mo.

Ia tiada ruang untuk menerima kad mikro-SD sebaliknya storan yang terbina didalamnya boleh berikan ruang penyimpanan video beresolusi penuh untuk durasi 10 minit. Ada dua variasi disediakan iaitu 32GB ataupun 64GB. Satu bateri penuh boleh berikan sehingga 30 minit waktu operasi dengan tempoh mengecas penuh pada 35 minit.

Sekiranya Insta360 ingin memperkenalkan Insta360 Go 3, apakah penambahbaikkan yang wajar dibawakan? Salah satu yang penting adalah resolusi sehingga 4K tanpa masalah pemanasan. Pengguna juga tentu sekali mengalu-alukan hayat bateri yang panjang serta ruang storan yang lebih luas. Sekiranya anda ingin mengikut pelancaran produk kerdil Insta360, ia akan berlangsung pada 27 Jun 2023 pada jam 9 malam waktu Malaysia.​
 
Insta360 GO 3 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799

Insta360 G0 3
baru saja dirasmikan dan ia menjadi antara kamera aksi paling kecil di dunia dengan berat 35g sahaja.

insta360-go-3-harga-malaysia-2.jpg


Peranti ini mempu merakam video dalam resolusi 2.7K 30fps, 1440P 50fps dan 1080P 50fps. Untuk foto pula, ia menyokong resolusi 2560x1440 (16:9), 2560x2560 (1:1), 1440x2560 (9:16) dan 2936x1088 (2.7:1). GO 3 ini hadir dengan 2 bahagian iaitu kamera dan pod yang tampil bersama skrin. Pada skrinnya yang bersaiz 2.2", pengguna boleh mengawal kamera dari jauh dan lihat previu gambar diambil. Kameranya berkapasiti 310mAh (mampu tahan 45 minit) manakala Action Pod pula 1270mAh.
insta360-go-3-harga-malaysia-6.png

Jika kamera kekurangan bateri, pasang pada Pod dan ia boleh digunakan selama 170 minit. Dari segi perlindungan, podnya mempunyai penarafan IPX4 manakala kameranya pula IPX8.

insta360-go-3-harga-malaysia-1.jpg


Untuk aksesori, ada loket magnet untuk dipakai pada tubuh, klip untuk dipakai pada topi dan Pivot Stand yang berfungsi seperti monopod. Pilihan storan yang ada ialah 32GB, 64GB dan 128GB. Di Malaysia, harganya bermula pada RM1,799 untuk 32GB dan boleh di beli di Shopee melalui pautan INI.

Untuk spesifikasi lanjut atau beli di laman web Insta360 Malaysia, anda boleh ke SINI.​
 
Back
Top
Log in Register