BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,346.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Insiden terowong: JDT sekadar didenda RM30,000

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
PETALING JAYA - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Suk...ong-JDT-sekadar-didenda-RM30000#ixzz2xeNIRsLj
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
dah tau kes ni masih dalam siasatan polis naper meeting sapai 10 jam
pelik juga laa FAM ni
dah laa kes ni dah masuk dua bulan..
sepatutnya..x payah laa meeting kalu dah tau tunggu keputusan polis
 
agak2 kalu negeri lain...denda boleh sebanyak tu tak? heeee
 
PETALING JAYA - Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya dikenakan denda sebanyak RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung 'insiden terowong,' manakala tindakan ke atas individu yang didakwa terlibat dalam kejadian itu akan dibuat hanya selepas kes itu diputuskan oleh Peguam Negara.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, tiada sebarang pertuduhan dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kes ini sedang disiasat oleh dua pihak iaitu pihak polis dan FAM, hasil siasatan polis telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

"Jadi Jawatankuasa Tatatertib berpendapat adalah wajar untuk menangguhkan terlebih dahulu siasatan terhadap individu-individu yang terbabit kerana tidak mahu ada dua keputusan berlainan.

"Jawatankuasa Tatatertib akan membiarkan pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dan jika pihak polis mengambil tindakan, kami akan mengambil langkah yang sama kerana kami boleh bangkitkan perkara ini dalam tempoh dua tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM selama hampir 11 jam, yang berlanjutan sehingga pukul 8.30 malam ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Suk...ong-JDT-sekadar-didenda-RM30000#ixzz2xeNIRsLj
© Utusan Melayu (M) Bhd

taufek berani takat tu je la
 
skrg ni ada 2 keputusan berbeza
hukum t-tim konon tiada isu keselamatan,cepat betul buat keputusn
hukum jdt sebab ada isu keselamatan.lembab betul buat keputusan

bak kata mat id harini,FAM patut letak jawatan
 
satu keputusan yang pelik tp benar dari FAM
sbb tu ramai dah ilang kepercayaan pada FAM
isu keselamatan T-TEAM diistihar kalah
isu keselamatan JDT kena hukum:):):):):)
 
hahahahahahahahahahahahaha
fam buat lawak
 
Back
Top
Log in Register