BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Insiden pergaduhan penyokong Selangor-Negeri Sembilan, FAM minta MFL bertindak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,511
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,511
Reaction score
1,681
Points
201




Insiden pergaduhan penyokong Selangor-Negeri Sembilan, FAM minta MFL bertindak

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan membabitkan penyokong Selangor FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi.

Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata kejadian itu akan dirujuk kepada penganjur Liga Bolasepak Malaysia (MFL), memandangkan perlawanan terbabit berada di bawah kelolaan mereka.


"Bagaimanapun, pihak FAM tetap memantau perkembangan ini dan tidak akan membiarkan kejadian sama berulang," katanya.

Beliau menegaskan, FAM memandang serius insiden berkenaan dan menyeru semua penyokong supaya mengutamakan semangat kesukanan ketika memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

"Dalam keghairahan memberi sokongan di stadium, kita harap penyokong dapat mengekalkan disiplin dan semangat kesukanan.

"Yang menang diraikan dengan cara berhemah, manakala yang kalah perlu menerima keputusan dengan hati terbuka. Bola sepak sepatutnya menyatukan, bukan memecahbelahkan," katanya.

Terdahulu, suasana tegang tercetus selepas pertembungan suku akhir kedua Piala FA antara Selangor FC dan NSFC berakhir dengan insiden pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan.

Dalam aksi timbal balik itu, Selangor tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan namun tetap mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-3 untuk bertemu Sabah FC.

Artikel ➡️ Berita Harian
 
MFL siasat insiden gaduh penyokong Selangor, Negeri Sembilan



KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedang meneliti laporan penuh berhubung insiden pergaduhan antara penyokong Selangor FC dan Negeri Sembilan FC selepas tamat aksi suku akhir kedua Piala FA, kelmarin.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Mohd Shazli Shaikh Mohd, berkata pihaknya mengambil maklum mengenai insiden di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan sedang mengumpul maklumat.

“MFL dalam proses mendapatkan laporan lengkap daripada komisioner perlawanan, koordinator perlawanan dan pegawai keselamatan pasukan.

“Kami akan mengemukakan laporan penuh kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk tindakan lanjut di bawah Jawatankuasa Tatatertib,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, kekecohan tercetus selepas tamat aksi timbal balik antara kedua-dua pasukan apabila segelintir penyokong dilihat bertikam lidah sebelum tercetus insiden pergaduhan di luar stadium.

Pada perlawanan itu, Selangor tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan, namun tetap mara ke separuh akhir menerusi agregat 6-3 untuk bertemu Sabah FC.

Semalam, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan persatuan memandang serius insiden berkenaan dan menggesa penyokong mengekalkan semangat kesukanan ketika memberi sokongan kepada pasukan masing-masing.

Artikel : Buletin Tv3
 


 

FAM kekalkan hukuman Selangor FC​

3353038.webp

Antara aksi Selangor bertemu Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA, 29 Oktober lalu. FOTO SELANGOR FC

SELANGOR FC (SFC) gagal dalam rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas mereka berhubung kelakuan penyokong serta kegagalan mematuhi obligasi penganjuran ketika aksi suku akhir kedua Piala FA 2025-2026 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 29 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan media hari ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Jawatankuasa Rayuan dalam mesyuarat khas pertama penggal 2025-2029 sebulat suara mengekalkan keputusan asal Jawatankuasa Tatatertib.

Keputusan itu bermaksud SFC tetap perlu beraksi tanpa penonton bagi dua perlawanan Piala FA di gelanggang sendiri termasuk perlawanan separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini, selain perlawanan pertama Piala FA musim hadapan.

Denda RM100,000 yang dikenakan sebelum ini turut tidak berubah.

Menurut kenyataan itu, SFC didapati bersalah dalam lima pertuduhan membabitkan pelanggaran Artikel 70, Perenggan 1 dan 3 Kod Tatatertib FAM bagi empat pertuduhan pertama, manakala pertuduhan kelima melibatkan Artikel 68 yang dibaca bersama Artikel 69 kod yang sama.

Sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Baljit Singh Sidhu menetapkan hukuman dua perlawanan tanpa penonton serta denda RM100,000 selepas meneliti insiden dalam perlawanan berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register