kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,716
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,716
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Insiden Letupan Loji Shell MDS 1997: Khirudin Imbau Kembali Cabaran Pasukan Bomba
Gambar kredit Datuk Khirudin Drahman
Malam sambutan Krismas yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar menjadi detik mencemaskan apabila satu letupan kuat menggegarkan kawasan perindustrian Tanjung Kidurong, Bintulu, 29 tahun yang lepas.
Letupan itu berpunca daripada kilang Shell Middle Distillate Synthesis (Shell MDS), loji penukaran gas kepada cecair (GTL) komersial pertama di dunia yang mula beroperasi pada 1993.
Mengimbau kembali detik itu, bekas Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Khirudin Drahman berkata insiden pada malam 25 Dis 1997 itu antara cabaran paling getir dihadapi pasukan bomba.
“Ketika itu saya bertugas sebagai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dan tahap kesiapsiagaan serta kelengkapan pasukan bomba negeri untuk menghadapi insiden industri sebesar itu masih terhad.
“Sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, bantuan segera digerakkan dari Sibu ke Bintulu pada malam yang sama bagi memperkukuh operasi pemadaman kerana kekuatan anggota dan aset di Bintulu tidak mencukupi,” katanya kepada Bernama.
Khirudin berkata perjalanan dari Sibu ke Bintulu ketika itu mengambil masa kira-kira dua jam setengah dan semua anggota termasuk dirinya bertolak tanpa membawa barangan keperluan peribadi.
“Setibanya di sana, kami terkejut melihat kemusnahan di loji itu. Syukur tiada kematian dilaporkan, hanya beberapa pekerja mengalami kecederaan ringan namun operasi memadam kebakaran berlarutan selama seminggu.
“Siang dan malam kami menyediakan segala kelengkapan diperlukan. Pada mulanya kami menyangka peralatan sedia ada mencukupi, namun apabila di lokasi barulah kami sedar ia tidak memadai,” katanya.