Eversendai yakin raih kontrak RM1.5 bilion
pendapat gua:
1)eversendai based india.terlibat dalam kerja fabrikasi, logam dan keluli macam perwaja. bisnes ni long term baru untung. walaupun india hebat bab ini sebab depa dah ada TATA dll, tapi kalau nak jadi investor long term ok kot.short term ntah la.bila lihat kes perwaja malaysia dulu, mmg kerja macam ni untung lambat.yg sedapnya eversendai ni ada buat kerja welding n fabrikasi logam oil n gas yg tengah meletop skrg.
2)harga rm 1.70 kira ok la...tak mahal sgt. sesuai dgn perancangan dia orang
3)fundemental analisis kita ok gak la
4)tak de dlm MITI
so...terpulang pada masing2...jgn beli banyak sangat la...takut jadik cam UOA.
sekadar berkongsi pendapat
Eversendai yakin raih kontrak RM1.5 bilion
Oleh Suffian A Bakar
[email protected]
2011/06/16
Rundingan projek di Asia Barat, India, Asia Tenggara
EVERSENDAI Corporation Bhd, syarikat kejuruteraan dan pembinaan struktur keluli yang sinonim dengan mercu tanda hotel tujuh bintang Burj Al Arab di Dubai dan Menara Berkembar Petronas 2, yakin meraih kontrak berjumlah sehingga RM1.5 bilion tahun ini.
Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Datuk AK Nathan, berkata kontrak itu adalah bagi kerja pembinaan struktur keluli serta jana kuasa di Asia Barat, India dan Asia Tenggara.
“Kami sedang berunding bagi mendapatkan kontrak berkenaan. Lazimnya, semua projek yang diperoleh kumpulan berdasarkan permintaan dan bukan menerusi bida terbuka.
“Berdasarkan rekod pencapaian syarikat sebelum ini, bukan satu masalah untuk meraih projek bernilai antara RM1 bilion hingga RM1.5 bilion tahun ini.
“Bukti kelayakan kami boleh dilihat pada banyak bangunan ikonik dunia antaranya Burj Al Arab dan Burj Khalifa di Dubai, Trump Tower di Mumbai, Capital Gate di Abu Dhabi serta Menara Berkembar Petronas 2,” katanya pada pelancaran prospektus tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraian syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Sri Mustapa Mohamed; Utusan Khas Infrastruktur ke India dan Selatan Asia, Datuk Sri S Samy Vellu serta Presiden yang juga Ketua Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Sri Wahid Omar.
Kontrak semasa Eversendai setakat 16 Mei lalu berjumlah RM1.4 bilion.
Nathan juga berkata, Eversendai yang selama ini lebih dikenali sebagai pembina infrastruktur keluli, berhasrat menjadi kontraktor utama untuk projek terpilih pada masa depan, khususnya yang berkaitan infrastruktur dan pembinaan bangunan pencakar langit.
Sementara itu, sempena penyenaraiannya di Papan Utama Bursa Malaysia awal bulan depan, Eversendai membuat IPO 232.190 juta saham biasa bernilai 50 sen seunit mewakili 30 peratus daripada modal berbayarnya.
Daripada jumlah itu, 160.7 juta adalah saham baru ditawarkan kepada pelabur institusi dan terpilih pada harga institusi yang akan ditentukan melalui binaan bida.
Kumpulan itu juga membuat tawaran untuk jualan 71.490 juta saham sedia ada yang mana 41.34 juta diperuntukkan kepada pelabur institusi terpilih pada harga institusi, manakala baki 30.15 juta lagi ditawarkan kepada orang awam, pengarah dan kakitangan Eversendai dan anak syarikat yang layak.
Harga tawaran bagi pelabur runcit adalah RM1.70 sesaham, manakala bagi peruntukan pelabur institusi, ia akan ditetapkan menerusi proses bidaan.
Nathan berkata, Eversendai menyasar menjana sehingga RM273.19 juta daripada IPO itu, yang mana RM126 juta akan digunakan sebagai perbelanjaan modal, RM80 juta bagi mengembangkan perniagaan, RM58.39 juta untuk modal kerja, dan bakinya perbelanjaan penyenaraian.
p/s: cam promosi je ni..