Bumiputera Special Shares
29 Aug 2014 11:19 AM
Bermula SEPTEMBER 2014, permohonan Saham Khas Bumiputera hendaklah dibuat secara online (
www.sahamonline.miti.gov.my).
Makluman kepada semua pelabur yang telah berdaftar sebagai pelabur Bumiputera MITI, proses penilaian telah selesai dilaksanakan dan pelabur boleh memohon Saham Khas Bumiputera menerusi sistem saham online.
Bagi tujuan pendaftaran sebagai pelabur Bumiputera (individu), pemohon dikehendaki memuatnaik kad pengenalan berwarna muka depan dan belakang dengan jelas dalam format JPEG.
Bagi permohonan syarikat/koperasi/yayasan, sila muatnaik salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dokumen berkaitan yang setaraf bagi Koperasi/ Yayasan yang jelas.