BTC USD 85,896.7 Gold USD 4,156.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

salam...ada sahabat boleh membantu sekiranya tawaran ipo berjaya dibeli.....kita perlu tekan button sell di akaun cds je ke
Bila dah ada CDS....buka Trading Account. Platform utk jual saham tuu spt di bawah.

Masukan harga yg nak dijual dan jumlah lot yg nak di jual kemudian masukan nombor trading pin dan tekan--->SELL.

Nanti akan keluar satu kotak utk 'confirmation' utk sah kan penjualan saham.

Tekan utk sahkan. Kemudian pergi ke 'Order Book'utk lihat status saham itu...samada sdg 'Que' (tunggu) atau 'filled' (terjual)

CONTOH.jpg"
 
Column B.Qty, Bid, Ask, A.Qty...Boleh terangkan apa maksudnya?
Maaf tanya soalan kurang cerdik sebab saya budak tua baru belajar saham.
 
Column B.Qty, Bid, Ask, A.Qty...Boleh terangkan apa maksudnya?
Maaf tanya soalan kurang cerdik sebab saya budak tua baru belajar saham.
B.Qty = Jumlah unit yg org nak beli.
Bid = Harga org nak BELI.
Ask = Harga org nak JUAL
A.Qty = Jumlah unit org nak jual

CONTOH+1.jpg"


Di screen platform jual/beli saham akan tunjukan paparan begini...contoh saham TH Plant...harga Bid (Beli)....Ask (Jual) dan volume unit untuk jual/beli.

Sy pun masih baru dlm saham nii dan tak berapa cerdik juga. Mulut berat nak bertanya kpd remisier sy....sy belajar dari Demo screen bagaimana nak jual saham...kemudian try and eror....akhirnya berjaya dan faham juga cara nak berjual beli saham.

CONTOH+2.jpg"
 
Last edited:
Terima kasih gelita kerana jawab soalan saya.
Kalau kita beli kaunter THplant kita ikut harga bid atau ask?
 
Terima kasih gelita kerana jawab soalan saya.
Kalau kita beli kaunter THplant kita ikut harga bid atau ask?
Jika kita nak beli dan ada org nak jual (Ask) RM2.07...jika kita setuju, letak lah harga RM2.07 dan harga tuu proceed (done/jadi dibeli)

Jika kita takmo beli harga RM2.07 (Ask)...kita letaklah harga berapa yg kita nak beli (Bid) samada RM2.06, RM2.05 dan seterusnya. Harga ni akan que sehingga ada org nk jual dgn harga ini.
 
skip confirmation nk isi sekali ke!!!no trading pin tu ape....bagaimana kita nk main acc demo ye GELITA
 
skip confirmation nk isi sekali ke!!!no trading pin tu ape....bagaimana kita nk main acc demo ye GELITA

Skip confirmation biarkan kosong.
Bila kita buka Trading Account utk jual beli saham, kita ada kod atau password bagi membolehkan kita jual/ beli saham. Tanpa kod itu kita tak boleh trading saham. Bila dah buka CDS...buat sekali Trading Accounts.

Semua bank investment ada DEMO cara nak jual/beli saham.
Utk Affin di sini : https://www.affintrade.com/affin-trade-demo
 
Gelita berapa lama tempoh que utk bid (jual) & ask (beli)?
Betul ke pemahaman saya tentang bid & ask ni.
 
Gelita berapa lama tempoh que utk bid (jual) & ask (beli)?
Betul ke pemahaman saya tentang bid & ask ni.
Tempoh tak tentu....mengikut berapa ramai yg que utk jual/ beli dan adakalanya sell atau buy kita tu expiry tanpa berlaku proses jual beli.

Kita boleh set tempoh valid urusan jual samada satu hari atau sehingga ada pembeli (GTD)
Jika hari ni kita hantar utk jual tapi takde yg beli...slps jam 5.00 ptg transaksi itu dikira dah expired. Esok lakukan lagi jualan sampai ada yg beli.

Kadang2...tak sampai beberapa minit order (jual) kita dibeli oleh pelabur lain.

# Bid = Beli
# Ask = Jual
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register