Nasi tambah untuk TT...
Open Day utk DAftar online MITI..
Pengumuman
PENGUMUMAN HARI TERBUKA PENDAFTARAN SAHAM SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)
Dimaklumkan bahawa MITI akan mengadakan hari terbuka pendaftaran saham online seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 21 dan 22 Januari 2014 (Selasa dan Rabu)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
(12.30 tengahari - 2.00 petang - Rehat)
Tempat : Business Advisory Centre (BAC), Aras Bawah,Menara Usahawan, Blok Menara, Presint 2, Putrajaya
(Maklumat lanjut)
PENGUMUMAN PERTUKARAN ALAMAT UNIT SAHAM
Dimaklumkan bahawa Unit Saham mula beroperasi di Tingkat 6, Menara Usahawan pada 2 Januari 2014.
Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan hendaklah dialamatkan ke:
Pengarah
Seksyen Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Tingkat 6, Blok Menara, Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana
Presint 2, 62652 PUTRAJAYA
(U.P : Unit Saham)
PENGUMUMAN PENDAFTARAN SEBAGAI PELABUR
Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2014, pelabur yang ingin memohon peruntukkan Saham Khas Bumiputera di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah dipohon untuk mendaftar sebagai pelabur di
http://sahamonline.miti.gov.my
Pendaftaran diwajibkan kepada individu, syarikat Sendirian Berhad dan koperasi sebelum boleh memohon saham khas Bumiputera. Keutamaan akan diberikan kepada pelabur yang telah berdaftar.
PERUNTUKKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA
Keputusan Saham SCH Group Berhad
Dokumen Arahan Pembayaran SCH Group Berhad
Surat Akuterima SCH Group Berhad
Borang Arahan Penyerahan SCH Group Berhad