2bz4money
Legendary Member

- Messages
- 10,615
- Joined
- Aug 24, 2006
- Messages
- 10,615
- Reaction score
- 2,069
- Points
- 191
Lebih banyak saham disenarai tahun ini
Lebih banyak saham disenarai tahun ini
Oleh NORLAILI ABD. RAHMAN
[email protected]
Nazzary Rosli
Penganalisis Pasaran Jupiter Securities Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR 2 Jun - Lebih banyak Tawaran Awam Permulaan (IPO) dijangka dilancarkan pada tahun ini berikutan kerancakan pasaran kewangan tempatan ketika ini.
Penganalisis Pasaran Jupiter Securities Sdn. Bhd., Nazzary Rosli berkata, jumlah pelancaran IPO pada tahun ini akan meningkat berbanding tahun lalu, bagaimanapun dijangka tiada IPO mega dilancarkan seperti tahun lalu.
"Syarikat-syarikat yang berhasrat untuk meraih dana menerusi penyenaraian mungkin akan mengambil peluang daripada kerancakan pasaran saham ketika ini.
"Jika sebelum ini mereka terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana mungkin risau sekiranya saham-saham tersebut tidak mendapat perhatian pelabur namun sekarang, saya rasa mereka tidak akan melepaskan peluang ini," katanya.
Bagaimanapun, menurut Nazzary, sukar untuk melihat kejayaan pelancaran IPO mega seperti tahun lepas berulang.
Tahun lalu dilihat sebagai tahun terbaik pelancaran IPO yang mana pasaran modal tempatan merekodkan RM145.9 bilion dana diraih menerusi bon korporat dan IPO, 89 peratus lebih tinggi berbanding RM77.2 bilion pada 2011.
Secara keseluruhan, sebanyak 17 syarikat telah disenaraikan pada tahun lalu dengan menyaksikan Felda Global Ventures membuat tawaran kedua terbesar di dunia (RM10.24bilion) selepas Facebook (RM16 bilion).
Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd., IHH Healthcare pula menawarkan IPO ketiga terbesar di dunia iaitu RM6 bilion.
Pada tahun ini, pasaran modal tempatan dijangka menyaksikan pemaju hartanah utama, Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. melancarkan IPO bagi meraih dana kira-kira RM909 juta selain pengendali syarikat penerbangan tambang murah AirAsia X.
Terbaharu, bilionair tempatan, Tan Sri Vincent Tan dikatakan akan menyenaraikan pasukan bola sepak miliknya, Cardiff City di Bursa Malaysia tahun ini.
Sekiranya ia direalisasikan, Cardiff City menjadi pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris kedua yang disenaraikan di dunia selepas Manchester United.
Pasukan Manchester United disenaraikan di New York Stock Exchange tahun lalu, sekali gus menjadi IPO terbesar yang pernah dilaksanakan oleh pasukan sukan.
Selain itu, Felcra Holdings Bhd. dan Westport Malaysia Bhd. turut dijangka disenaraikan pada tahun ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Eko...anyak-saham-disenarai-tahun-ini#ixzz2VKK3Etsp
© Utusan Melayu (M) Bhd