BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua...

Nampaknya kita semua masih menanti pilihanraya yang bakal berlansung tak lama lagi dengan penuh harapan. Pada masa ini pasaran saham lengang menanti berakhirnya ketidaktentuan ini. Begitupun dlaam keadaan pasaran yang perlakan ini IPO atau saham awam terbitan baru tetap juga akan diterbitkan. Perniagaan perlu diteruskan. Setelah melihatkan kejayaan penyenaraian pelbagai saham dengan jayanya pada tahun 2012, tahun 2013 ini kita bakal melihat penyenaraian yang dengan jumlah modal pasaran yang lebih besar iaitu dalam lingkungan RM35 Billion.

FY berada dalam sesi penerangan IPO ini oleh Dr Nazri Khan di Johor Bahru dua minggu lepas dan sempat mengambil nota-nota penyenaraian yang bakal mengambil tempat tahun ini antaranya ;

1. CAP
– Telah disenaraikan
2. LEON FUAT
3. RANHILL ENERGY
4. TUNE INSURANCE
– Telah disenaraikan
5. AIR ASIA X
- Telah dibuka di MITI tetapi ditunda penyenaraiannya
6. MALAKOFF
- Tarikh Tutup permohonan di MITI pada 15 Mac 2013
7. EQUINAS OFF SHORE ICON
8. MATRIX CONCEPT
9. UMW OnG
10. KNM OSV
11. ISKANDAR WATER FRONT
12. AL MADINI ISKANDAR
13. IOI PROPERTY
14. MAGNUM
15. CLIQ ENERGY
16. TUNE AIR
17. KLCC REITS
18. PETRONAS L&G
19. FELCRA
20. TJ ENERGY
21. WESPORT

*saham-saham bewarna hijau itu merupakan saham-saham yang baik pada FY sekilas pandang.

Jadi sediakanlah wang pelaburan anda untuk mendapatkan saham-saham ini baik melalui permohonan di MITI mahupun melalui permohonan IPO Awam.

Untuk tahun 2012, biarpun Astro dan Gabungan AQRS kurang memberansangkan tatkala disenaraikan namun demikian kebanyakan iaitu majoriti yang lain membawa keuntungan contohnya Bumi FGV, IHH, Gas Malaysia dan lain-lain lagi.

Dalam perniagaan untung dan rugi adalah satu lumrah, ia tak berbeza dengan pelaburan. Apa yang penting ialah secara keseluruhannya ia membawa keuntungan. 1 rugi 5 untung dan penghujungnya anda untung, itu yang penting.

Kepada anda yang belum pernah melabur dan tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham-saham ini baik di MITI mahupun IPO Awam melalui Bank.

Anda boleh menyertai Seminar Super Investor bersama FY dari masa ke semasa atau menghubungi FY secara terus di talian 012 654 0130 untuk bertanya mahupun untuk membuka akaun saham.

Kepada anda yang tak tahu bagaimana untuk mendapatkan peruntukan saham di MITI anda boleh membeli buku Ebook Super Investor panduan lengkap Memohon IPO di MITI dengan harga promosi RM50 sahaja. Emel FY di [email protected] untuk mendapatkannya.

Kepada High Networth Clients yang inginkan peruntukan saham minima RM250,000.00 satu blok saham, anda boleh menghubungi FY di talian 012 654 0130. In Shaa Allah kalau tawaran blok saham itu ada, FY akan mendapatkannya untuk anda.

Harap input ini membantu anda membuat perancangan awal untuk pelaburan IPO untuk tahun 2013.

Sekian dulu.


FY

FY IPO mana yg berwarna HIJAU tu..semua berwarna hitam je tulisan kat post FY ni?
 
HwangDBS identifies 30 firms likely to list this year

IPO-Watch-2013-b1.jpg


SUMBER
 
bila leh tahu tarikh listing Malakoff ye?mcm ne sentiment market lepas PRU ni?mau 1-2 bulan gak kot nak pulih

relax bro..BACA SINI utk pencerahan tindakan yg perlu diambil. kena FAHAM apa yg kita laburkan, jgn sampai lebur..:)
 
Tuan 2bz4money...macam mane pandangan Tuan pada IPO Malakoff ni??dari segi FA and current and future market situation?
 
5 perkara harus dilihat samaada saham IPO itu bagus atau tidak.

5 perkara harus dilihat samaada saham IPO itu bagus atau tidak.
by Mohd Al Adzha Bin Johar

1.Saiz Saham ditawarkan kepada awam

Saiz saham ditawarkan merupakan penentu utama di sini. Kita lihat saham yang memiliki saiz tawaran melebihi RM I billion merupakan penanda aras perniagaan yang kukuh.Ini kerana saiz yang besar menunjukkan peranan syarikat yang akan disenarai adalah lebih besar,lebih nilai untuk pelabur. Contoh terbaik ialah saham hospital IHH, FGV dan akan datang Malakoff berhad.

2.Jenama yang sudah dikenali

Jenama saham atau nama syarikat yang ingin disenarai memainkan peranan utama. Contoh, dalam sector perkapalan minyak dan gas,Bumi Armada Berhad adalah pemain utama di dalam sektor ini,sehingga saham syarikat ini terlebih langgan 9.5 kali. Ini penting kerana apabila kita melabur dalam saham IPO ini,pelabur institusi juga akan melabur sama. Berikut jenama yang kita akan lihat selepas ini ialah BP Healthcare Sdn Bhd dan Westport Berhad.

3. Ada kaitan dengan agensi pelaburan atau agensi lain-lain.

Pada tahun 2012, Khazanah Nasional Berhad melepaskan teras perniaagaan untuk disenarai di papan utama Bursa Malaysia dan Singapur. Sektor strategik kesihatan Khazanah Nasional iaitu Intergrated Healthcare Berhad yang memiliki rangkaian Hospital Pantai di Malaysia merupakan suatu cabang perniaagaan yang ditunggu oleh pelabur lain. Saham yang ada kaitan dengan agensi pelaburan negara memang bagus dimiliki kerana palabur boleh menyandar keyakinan kepada keupayaan pelabur institusi. Saham seperti ini yang menarik perhatian akan disenarai ialah TAR Berhad, Theme Park and Attractions Berhad(Anak syarikat Khazanah Berhad yang memiliki Kidzania,Legoland,Sutera Harbour ) dan Iskandar Waterfront Holding Berhad.

4. Ada kaitan dengan Billionaire atau individu perniagaan yang bagus.

Pelabur ingin memegang individu yang memiliki kepimpinan perniagaan yang teguh, yang merupakan ‘taikun’ dan jaguh di dalam arena perniagaaan masing-masing. Saham perniagaan yang di pegang oleh Datuk Tony Fernandez (AirAsia Berhad),Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (MMC, Gas Malaysia) dan Dato’ A.K Nanthan(Eversendai Berhad) merupakan billionair yang berwawasan untuk melaksana agenda pelaburan saham. Saham IPO seperti ini yang dijangka akan disenarai ialah Johor Port Berhad dan IOI Properties.

5.Khabar ingin disenaraikan tetapi ditangguh beberapa kali.

MSM berhad adalah anak syarikat Felda Global Ventures. Pada masa di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,ada ura-ura MSM ini akan disenaraikan akan tetapi ditangguh sehinggalah pada era perdana menteri sekarang, Dato’ Seri Najib Tun Razak. MSM Berhad adalah syarikat pemprosesan gula utama negara. Sudah beberapa kali cadangan tersebut ditangguh akibat pasaran saham serantau tidak stabil pada tahun 2008 dan pada 28 Jun 2011, saham ini disenaraikan. Saham IPO seperti ini yang akan disenaraikan pada tahun 2013 ialah Saham UMW OIL & GAS.
 
Sekarang ni... harga saham mulai meningkat.... adakah mempunyai perkaitan dengan PRU?...

Kawan masih menjauhi diri denga keadaan tidak menentu... Maklumlah modal kecik....
 
Sekarang ni... harga saham mulai meningkat.... adakah mempunyai perkaitan dengan PRU?...

Kawan masih menjauhi diri denga keadaan tidak menentu... Maklumlah modal kecik....

pasaran lom stable...kawan msh pgg 4 share y lom naik2.huhu
 
Back
Top
Log in Register