Pentingnya News utk Tindakan SHB..
tqvm bro atas pencerahan tu....klu cam gitu tak byk mana gak le yg dpt..dlm 2.0+++ % shj...mcm tu balance unit yg ada ni nk lepaskan berdikit2 bila rege cecah balik 5.40...mcm x best je peram ni...
Ada sesape yg dah dapat cheque duit lebih FGV yg dapat thru MITI???
saya masih belum dpt2 lagi..ty remiser dia kata cheque tu MAYBANK INVESTMENT HOUSE (MIH kot?) yg akan kuarkan, betul ke???
Hmm..mode terus menunggu dengan sabar...
Teknik bermain saham ni mcm yg korang praktik dgn ASN tu..hg turun/naik/x berubah dan dividen akhir tahun. cuma berapa kali dividen utk FGV terpulanglah kpd pengurusan smda nak bagi 1st, 2nd Interim atau terus sekali Final Dividend. Utk takrifkan ROI saham, kita gunakan Dividend Yield iaitu Dividend seunit saham dibahagi dengan harga saham seunit.
Cth spt Bro Wazir beri sblm ini..
jumlah share semua 100% = 3.65 billion
katakan untung tahun depan = rm1 bill, 50% iaitu rm0.5 bill akan jadi dividen.
jadi 1 unit share, dividen ialah 0.5/3.65 = 0.137 sen per share
kalau ada 10 ribu share, maka dividennya ialah rm1370
so, Dividend Yield DY, 0.137/4.55 = 3%
Walaupun nampak kecil, namun kita juga dpt capital gain (peningkatan harga sesaham) dari tahun ke tahun..dan mungkin bertambah lagi sekiranya diberi bonus issues (saham percuma) atau right issue (tawran saham dgn hg lebih rendah dari pasaran).
Bagi mereka yg menjangkakan hg saham FGV bakal jatuh merudum pula, pasti sudah membuat jualan besar-besaran; dan menanti hg yg rendah utk dibeli.
Yg nak merasakan dividen pula, tunggu shj pengumuman pengisytiharan dividen; di mana hanya perlu beli dan pegang saham sebelum tarikh EX DATE; bayaran dividen akan dibuat lebih sebulan (selalunya) selepas tarikh pengumuman dividen.
Kadangkala rezeki melepas, apabila kita menjual saham sebelum EX DATE tsbt..itulah sebabnya kena pantau berita2 keputusan prestasi keuntungan sykt slps setiap suku tahun. Atau berita perluasan pasaran dan peningkatan modal dgn adanya kontrak perjanjian termeteri. Berita sebegini memberi indikator pemberian dividen, bonus/right issues seterusnya memberi nilai kpd pegangan saham.
Oleh itu, sentiasa Alert apa2 news sblm buat keputusan SELL/HOLD/BUY (SHB)..
