BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Biar mereka sibuk dgn politik masing2..

PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global SUMBER
ALOR SETAR - Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.

Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:

“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.

Menurutnya, PKNK adalah badan berkanun kerajaan, berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan dipantau oleh Kementerian Kewangan.

“PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah, namun di peringkat Pusat, PKNK diletakkan bawah pengawasan Kementerian Kewangan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari Pusat iaitu setiap seorang dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

2bz4money: selagi ianya patuh syariah dan halal, kita usahalah utk meningkatkan ekonomi/pendapatan dgn pelaburan ekuiti..:)cgrock
 
2bz4money: selagi ianya patuh syariah dan halal, kita usahalah utk meningkatkan ekonomi/pendapatan dgn pelaburan ekuiti..:)cgrock

Setuju sesangat kenyataan ini. Bagi saya, kita mampu menjana keuntungan dalam pasaran modal yang patuh syariah dan halal daripada terjerumus di kaunter-kaunter yang tidak halal.

Tahun ni kaunter patuh syariah seperti takaful & bank islam memang terbaik dalam sejarah :)cgrock:)paid
 
tlg3x...sy ada apply ipo ihh via m2u pada 11/7/2012....tapi aritu buka akaun cds di cimb...dan bru buka akaun trade(itradecimb)bru td (16/7/2012)....chek dkt m2u..status ipo pending..soalan sy...
1)possible ke ipo ihh tu sy dpt sbb sy bru buka akaun trade...

2)lau xdpt sham ni via ipo..biasanya bila dia akan return duit ea?
 
tlg3x...sy ada apply ipo ihh via m2u pada 11/7/2012....tapi aritu buka akaun cds di cimb...dan bru buka akaun trade(itradecimb)bru td (16/7/2012)....chek dkt m2u..status ipo pending..soalan sy...
1)possible ke ipo ihh tu sy dpt sbb sy bru buka akaun trade...

2)lau xdpt sham ni via ipo..biasanya bila dia akan return duit ea?

23hb ni result kuar..doa2 byk..InsyaAllah dapat tu Tuan
 
Back
Top
Log in Register