BTC USD 86,581.4 Gold USD 4,185.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Hrmmm kenaikan .22 sen dan turun semula .. Jangkaan yang sedikit perit. Mungkin akan jadi the lowest ipo under gov influenced yg di listing kan lah :)

biasalah utk hit n run strategy atau BuyLow SellHigh. yg nak makan dividen, kenalah bersabar sehingga bulan Mei/Jun tahun depan utk merasainya..:)
 
Fair Value Gas Malaysia setakat hari ini...

PUBLIC INVEST 2.24
ECMLIBRA 2.28
TA 2.40
KENANGA 2.42
ALLIANCE 2.50
HLIB 2.55
APEX 2.61

Sumber FB

kalau harga gini boleh beli kat open n then peram
 
KIA minat sertai tawaran awam IHH

tips utk IPO....see who's behind the IPO. kalu bukan GLC (petronas, khazanah, government) better jgn apply walaupun ada a few outstanding IPO

Oleh Ahmad Farizal Hajat
[email protected]
2012/06/07

pix_gal0

HOSPITAL Pantai Kuala Lumpur antara anak syarikat milik IHH.
Syarikat muncul pelabur asing kedua menyatakan komitmen

KUWAIT Investment Authority (KIA) dijangka menjadi antara kumpulan pelabur strategik ternama asing yang terbabit tawaran awam permulaan (IPO) Integrated Healthcare Holdings Bhd (IHH).
Sumber yang rapat dengan kumpulan pengurusan IHH berkata, KIA juga antara pengurus dana pelaburan terbesar dunia itu, dikatakan ‘amat berminat’ dan sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan IHH bagi memuktamadkan terma berhubung perkara itu.
“Perbincangan sedang berlangsung dan jika semuanya berjalan lancar, dijangkakan kedua-dua pihak akan memuktamadkan perjanjian pelaburan dalam IPO itu dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengatakan IHH, iaitu pengendali rangkaian pusat perubatan swasta kedua terbesar dunia dikuasai Khazanah Nasional Bhd, mengenal pasti beberapa pelabur ternama Asia Barat untuk menjadi pelabur strategik IPOnya.

Jika menjadi kenyataan, KIA yang kini menguruskan aset bernilai lebih AS$300 bilion (RM954 bilion) di seluruh dunia, akan muncul pelabur strategik asing kedua selepas International Finance Corp (IFC), iaitu unit pelaburan milik kumpulan Bank Dunia menyatakan komitmen menyertai IPO IHH.

IFC menerusi laman webnya bulan lalu, menyatakan rancangan mengambil bahagian dalam penyenaraian IHH untuk mengukuhkan strategi pengembangan syarikat kesihatan bersepadu itu, khususnya di negara serantau.
Bagaimanapun, IFC tidak mendedahkan jumlah serta jenis pelaburan dalam IHH berikutan keperluan kerahsiaan dan peraturan, menganggarkan tarikh pertimbangan lembaga bagi menjayakan rancangan itu pada 12 Jun ini.

Selain IFC dan KIA, sebuah lagi syarikat pengurus dana asing, Eastspring Investments (Singapore) Ltd, anak syarikat milik penuh Prudential PLC yang berpangkalan di United Kingdom, turut berminat menyertai IPO IHH.

“IHH dijangka memuktamadkan sekurang-kurangnya 10 pelabur strategik ternama asing dalam tempoh dua atau tiga minggu ini yang mana dijangkakan semua mereka akan melanggan sebahagian besar majoriti peratusan daripada keseluruhan saham yang akan ditawarkan IHH,” kata sumber itu.

IHH yang memiliki anak syarikat seperti Parkway Holdings Ltd, Pantai Holdings Bhd, IMU Health Sdn Bhd, Apollo Hospitals Enterprise Ltd dan Acibadem Saglik Yagtirimlari Holdings AS (ASYH), sedang membuat persiapan bagi penyenaraiannya di Bursa Malaysia serta Bursa Singapura yang dijangkakan bulan depan.

Penyenaraian IHH di Singapura dan Malaysia dijangka menjadi IPO keempat terbesar dalam sejarah republik itu dan kedua terbesar di Malaysia selepas rancangan penyenaraian kumpulan perladangan FELDA iaitu Felda Global Ventures Holdings pada akhir bulan ini.

Penganalisis yang turut dihubungi berkata, kemunculan pelabur strategik ternama antarabangsa yang dijamin memperoleh peruntukan besar dalam IPO IHH sebagai pertukaran kepada persetujuan mereka memegang saham syarikat itu dalam tempoh masa tertentu, akan memberi keyakinan kepada pelabur lain di tengah-tengah ketidaktentuan persekitaran pasaran saham ekoran krisis kewangan di Eropah.
 
Ikut jumlah bilangan amaun berikut jika memohon..
1k, 2k, 3k, 4k, 6k, 11k, 20k, 50k,etc

- Jika anda apply 5k, tapi yg diberi hanya 4k..so, better apply 4k je.
- Jika anda apply 18k, tapi yg diberi hanya 11k..so, elok apply 11k jer.
- kes study, cuba tengok post2 sblm ini berkaitan peruntukan Gas Malaysia..kalu kita apply 20k, berapakah yg kita akan dpt?


Sekiranya, IPO itu kurang mendpt sambutan, banyaklah kebarangkalian nak dpt..di mana ada gula, di situ ada semut. kalu x dpt, jgnlah kecewa bangat..rezeki ada di mana2, mungkin belum tiba masanya lagi..:)
betul.. baik berjimat tunggu ipo lain...
 
tgh cuba apply fgv yg public punya.

try 50 lot... tengok kena ke tak kena..
 
tgh cuba apply fgv yg public punya.

try 50 lot... tengok kena ke tak kena..

tengok prestasi GAS pada hari Senin; then baru saya decide brapa nak hentak lagi kat FGVH..:)

p/s: simpati dgn nasib peneroka yg dpt 800 unit je..bagi yg mampu utk dpt lebih why not apply IPO ni cara biasa..
 
tengok prestasi GAS pada hari Senin; then baru saya decide brapa nak hentak lagi kat FGVH..:)

p/s: simpati dgn nasib peneroka yg dpt 800 unit je..bagi yg mampu utk dpt lebih why not apply IPO ni cara biasa..

bro gas msia bro target jual or peram?
 
Back
Top
Log in Register