utk FVGH nih...saya apply 60,000 unit...walaupun capacity modal cash boleh pergi 70,000...tapi MITI hanya bagi kat saya 17300 unit.
apa2 pun saya tak nak pertikaikan camne MITI buat allocation... depa bagi saya amik...depa tak bagi..saya redha..
aku tk pernah apply MITI..tp pada pandangan aku MITI cuba untuk memastikan semua pemohon yg layak dapat peruntukan tersebut....
kelayakan pertama semestinya berdsarkan kecairan tunai.Pendapat aku sebab kecairan tunai akan tidak akan memberikan pemohon masalah apabila membuat bayaran utk saham yg berjaya diperolehi.Dan modal tunai semestinya berada dibawah akaun pemohon sendiri.
Jika modal tidak cair spt saham Bank Rakyat dan UT dan lain2, mungkin pemohon tidak ada kesempatan untuk mencairkan modal tersebut bagi mebuat bayaran.
bagaimana mengira perolehan saham setiap pemohon.pendapat aku pemohon yg bermodal cair kecil adalah lbh besar peluang untuk mendapat 100% saham dipohon.Ia tidak secara purata atau berdasarkan peratusan modal masing2.
Contoh begini:
Jumlah saham MITI sebanyak 1,000,000 unit.
Nilai saham seunit ialah RM1.00
Katakan jumlah modal cair semua pemohon ialah Rm1,000,000.00
maka paling kurang setiap pemohon dapat ialah 1 unit atau modal cair pemohon yg paling rendah tertakluk kpd mana lebih rendah.
Katakan jumlah pemohon 100 orang dan paling rendah bermodal RM1000 sebanyak 10 orang, maka semua pemohon akan dapat 1000 unit.Jumlah unit diagih 100 x 1000 = 10000
baki unit 1,000,000 - 10,000 tggl lagi 990,000.baki pemohon 90 orang.Katakan modal paling rendah selepas itu ialah rm5000 so ada 30 orang.
Jadi unit diagihkan ialah 90 orang x 5000 unit = 450 000
Jadi semakin tinggi modal maka setiap allocation pemohon tu dapat share.Hinggalah semua saham diagihkan....jadi tk semstinya modal besar dapat semua saham...tertakluk kpd agihan hingga semua pemohon layak dapat.
Pendapat aku la,,,,jadi cara ni tkder la monopoli berdasarkan modal.