BTC USD 84,899.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Ada 3 sykt di bawah tawaran IPO Miti ni..:)

IHH HEALTHCARE BERHAD

DATASONIC GROUP BERHAD

OCEANCASH PACIFIC BERHAD

Banyak pulak keluar time-time market tengah down ni. Purchase power pun dah kurang banyak.
 
Datasonic ngn Oceancash tu harga tawaran bape seunit?sape tau?heehe

Oceancash available sepanjang tahun ini.. ntah apa2 lagi..:)

aku just concentrate GAS & FGVH je..tak payah nak pening kepala dgn IPO2 lain..:)cgrock
 
guane bro punya thanked banyak bangat :))

Berjangkit dengan awak kot... :p Tu yg banyak sangat


By the way, den tak dapat gas msia thru miti, nak kena try ipo lak. Yg lain-lain tu kena layan kes by kes. Kalau tak layan kat bursa je lah... janji boleh untung :)
 
Langkah tingkat kredibiliti FGVH jadi antara firma senaraian terbesar di Bursa Malays

Felda IPO Prospectus
Many people are talking about Felda Global Ventures Holdings Berhad IPO (“FELDA IPO”), even those who have not touched shares in their whole life. After much talk about and waiting, the listing of FELDA IPO is very near. I will continue to post more info. In the draft FELDA Prospectus, here are some of the information.


Initial Public Offering of up to 2,188,890,900 Shares. The entire FELDA shares is 3,648,151,500. Felda IPO price will be RM4.65 but this is not confirmed yet, it is from The Star newspaper. The Intuitional portion will be by way of bookbuilding and then only determine the Felda IPO price.


Institutional Offering of up to 1,915,279,900 FELDA shares.1,208,890,900 offer shares and 286,852,000 issue shares to Malaysian Institution and selected investors and foreign institutional and selected investors.419,537,000 issues shares to Bumiputra institutional and selected investors approved by Ministry of International Trade And Industry (MITI).


Retail Offering of 273,611,000 Felda shares.200,648,000 issue shares made available to the eligible employees, eligible Felda settlers, and persons who have contributed to the success of Felda and its subsidiaries.72,963,000 issue shares made available to the Malaysian Public.

For 2011, Felda made RM942 million net profit and Earnings Per Share (EPS) is RM0.26. Felda PE Ratio will be 18x based on Felda IPO price of RM4.65.

Sumber :http://politemarket.blogspot.com/2012/05/felda-ipo-prospectus.html

FELDA tawar pelabur ternama sertai IPO
Oleh Ahmad Farizal Hajat

2012/05/17
Langkah tingkat kredibiliti FGVH jadi antara firma senaraian terbesar di Bursa Malaysia

SELEPAS memuktamadkan pemilihan dua rakan strategik globalnya, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Bhd kini menumpukan pula kepada usaha menarik penyertaan kumpulan pelabur strategik ternama untuk menyertai tawaran awam permulaannya (IPO).

Langkah berkenaan bertujuan meningkatkan lagi kredibiliti syarikat perladangan bersepadu itu yang bakal menjadi antara syarikat senaraian terbesar di Bursa Malaysia.
Difahamkan beberapa pelabur dan syarikat pelaburan terkemuka seperti FIL Investment Management (Singapore) Ltd, Value Partners Group Ltd, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Quek Leng Chan dan Datuk Chua Ma Yu dikatakan telah menyatakan minat menjadi pelabur strategik dalam FGVH.
FIL Investment ialah sebuah syarikat pengurus dana berpangkalan di Singapura, Value Partners dari Hong Kong pula antara firma pengurusan aset terbesar di Asia, manakala Quek dan Chua antara individu terkaya di Malaysia.

Presiden dan Ketua Eksekutif FGVH, Datuk Sabri Ahmad ketika dihubungi menerusi SMS di London bagi mengesahkan perkara itu enggan mengulas dan hanya berkata: “Mungkin”.

Namun, Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, penyertaan pelabur strategik itu dalam IPO FGVH bakal meningkatkan profil anak syarikat FELDA itu, sekali gus memudahkannya mengembangkan perniagaan di pasaran antarabangsa.

“Kemasukan mereka (pelabur strategik) bukan saja boleh meningkatkan daya tarikan saham FGVH, malah akan memberi nilai tambah kepada sayap perniagaan komersial FELDA itu bersandarkan kepada saiz dan kepelbagaian kepentingan perniagaannya, di Malaysia dan di seluruh dunia,” katanya.
Pendapat yang sama turut dikongsi penganalisis JF Apex Securities, Jessica Low Jze Tieng yang melihat penyertaan pelabur strategik itu berupaya meningkatkan lagi tahap keyakinan pelabur dan peniaga terhadap asas kumpulan perladangan itu.

“Penyertaan pelabur strategik ini ke dalam FGVH sudah semestinya akan menjamin nilai dan mutu saham FGVH apabila ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia nanti,” katanya sambil menambah ia secara tidak langsung turut berupaya meningkatkan prospek dan profil perniagaan FGVH bagi tempoh jangka sederhana dan panjang.

Sementara itu, seorang pemerhati pasaran berkata, kebiasaannya pelabur strategik dalam sesebuah syarikat itu mestilah dari kalangan who’s who dalam komuniti pelaburan.

Justeru, katanya kehadiran jutawan seperti Quek dari Hong Leong Group adalah penting kerana beliau antara individu terkaya di negara ini yang mempunyai kepentingan perniagaan di dalam bidang perkhidmatan kewangan, pembuatan dan hartanah.

“Kehadiran nama-nama seperti beliau sebagai pelabur strategik akan menonjolkan kekuatan FGVH di mata dunia,” katanya sambil menambah penyertaan mereka bukan saja akan memastikan kejayaan IP0 FGVH, malah akan mengukuhkan lagi tahap keyakinan dalam kestabilan harga saham anak syarikat FELDA itu selepas ini.

Katanya, dengan melabur di dalam FGVH menggunakan dana sendiri atau dana syarikat dengan mereka memiliki kepentingan dan bersetuju untuk tidak melupuskan saham yang diperuntukkan dalam tempoh yang ditetapkan, kehadiran pelabur strategik itu sudah tentunya memberi isyarat positif kepada pasaran.
 
Back
Top
Log in Register