Laba PCG RM1.3 bilion suku kedua
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mengumumkan keuntungan bersih suku kedua berakhir 30 September lalu sebanyak RM1.3 bilion, meningkat 56 peratus berbanding suku sebelumnya.
Dalam tempoh yang sama berbanding tahun lalu, keuntungan bersih PCG juga bertambah sebanyak 123 peratus.
PCG dalam kenyataannya di sini, perolehan kumpulan juga meningkat 46 peratus atau RM1.5 bilion kepada RM4.6 bilion hasil sumbangan purata harga produk lebih tinggi iaitu sebanyak 49 peratus.
Bagi tempoh enam bulan pertama pula, keuntungan kasar PCG adalah sebanyak RM3 bilion, peningkatan 78 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Manakala perolehan kumpulan dalam tempoh itu adalah RM8 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 26 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Dr. Abd Hapiz Abdullah berkata, secara keseluruhan, kumpulan telah mencapai prestasi yang baik pada suku kedua, sebagaimana pihaknya optimis terhadap jualan dan pengeluaran dalam segmen perniagaan Olefins dan derivatif.
Katanya, PCG akan meneruskan tekad dan usaha bagi mengejar kecemerlangan pengoperasian bagi mengekstrak nilai maksimum daripada rangkaian nilai bersepadunya.
''Kami juga meningkatkan pembangunan dalam kilang baja PCG di Sipitang, Sabah,'' ujarnya.
Ahli Lembaga Pengarah PCG juga telah meluluskan dividen peringkat tunggal (single tier) pada nilai lapan sen sesaham, berjumlah RM640 juta kepada para pemegang saham yang akan dibayar pada 22 Disember depan. UtusanOnline.
p/s: Bakal masyuk lagi..

paid