KUALA LUMPUR: Tawaran awam permulaan Salutica Bhd (IPO) terlebih langgan sebanyak 9.98 kali.
Penyedia penyelesaian sehenti bagi pengeluar produk elektronik pengguna di Malaysia itu bakal disenaraikan di Pasaran ACE pada 18 Mei.
Terdapat 9,647 permohonan bagi 212.99 juta saham Salutica yang diperuntukkan bagi orang awam Malaysia tetapi hanya 19.4 juta saham diterbitkan bagi bahagian ini, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
"Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 5,211 permohonan bagi 93.37 juta saham yang diterbitkan diterima, yang merupakan lebihan langganan sebanyak 8.63 kali," kata Tricor Investor & Issuing House Service (TIIH) dalam satu kenyataan.
Ada 38.8 juta saham Salutica diperuntukkan bagi pelabur Bumiputera menerusi tawaran saham persendirian.
Bagi bahagian bahagian awam, 4,436 permohonan bagi 119.62 juta saham diterima, yang merupakan lebihan langganan 11.33 kali. - BERNAMA
maaf TT nk mencelah sikit
kalau saya nak tawarkan IPO syarikat berasaskan Sarang burung walit boleh ke?
pemilik rumah burung tebesar di dunia
sykt malaysia
harga satu lot sekarang rm4400
bila di OTCBB dijangkan Minimum USD4seunit
Nasdaq USD30 seunit