sempat jual tak bro?
nasib baik bro pakai cash, sapa yg guna loan bakal kena margin call..malapetaka harini mungkin disebabkan sentimen ini..
KUALA LUMPUR: Malakoff Corporation Bhd, yang mula disenaraikan di Pasaran Utama, berminat membeli aset tenaga yang dimiliki 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang dipegang oleh unit 1MDB, Edra Energy Global Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff, Datuk Seri Syed Faisal Albar, berkata ia akan membeli aset tersebut jika ia diurus niagakan pada harga yang sesuai, bagaimanapun, syarikat ketika ini belum berbincang dengan 1MDB berhubung perkara itu.
"Kami sentiasa meninjau peluang untuk membeli aset tenaga, daripada mana-mana pihak termasuk 1MDB, jika ia pada harga yang sesuai, bersesuaian dengan profil kami, dan memberi pulangan yang baik yang akan memberi nilai kepada syarikat kami," katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian Malakoff di Bursa Malaysia di sini, Jumaat. Sumber MSTAR