BTC USD 84,833.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Sama jgk..nak tau pendapat otai2
nk balas dendam ni..kena trap kat econpile..huhu
 
Econpile dpt award contract dr ecoworld.trus lps tp 73cent.brape tp seterusnye?
 
Gula & IPO Miti

Di mana ada gula, di situlah ada semut. Makin ramai yg dah tahu dan apply IPO Miti; so jumlah yg diluluskan juga agak kecil berbanding sebelum ini. Kalau nak lebih, apply lagi kat eIPO. Cuma kenalah memilih gula yg 'menyihatkan' badan. Jangan sampai diri dibelenggu 'kencing manis' :D
 
last smpi 0.755 sen..

nak kena raya awal dulu..
 
Lesson Learned : Icon & Bplant

IPO ICON & BOUSTEAD-my write up
Posted on June 27, 2014 by akmarremisier87

Minggu ini menyaksikan 2 counter telah di listingkan di bursa malaysia iaitu ICON OFFSHORE & BOUSTEAD PLANTATION. ICON mencatatkan harga tertinggi pada harga RM2.19 sebelum menjunam jatuh untuk tutup hanya pada harga RM1.91. Manakala, Bousted yang di senaraikan semalam hanya memberi premium hanya RM1.69 juga tutup serendah RM1.63. Di saat ramai para penceramah saham mula berbicara mengenai pelaburan saham khas untuk bumiputera daripada MITI dan peruntukan awam. Saham jenis ini mula tidak membuahkan hasil. Namun, perlu di ingatkan ini bukan kali pertama saham yang baru di senaraikan tutup rendah daripada harga yang di tawarkan atau memberi premium yang sangat minima. Hal ini pernah terjadi semasa listing Astro, UOADEV, AirAsiaX dan Wesport. Jadi, ini bukan perkara baru, malah boleh berulang lagi di masa akan datang.

Jika orang bertanya saya, apakah strategi yang boleh di gunapakai untuk menentukan harga jualan semasa hari pertama saham ini di niagakan. Selain mengetahui fair value syarikat yang di keluarkan oleh research house. Anda mempunyai pilihan juga untuk membuat keputusan dengan melihat 3 candle pertama chart 5 minit, jika 3 candle yang di tunjukkan sudah menunjukkan shooting star dan ikuti dengan 2 candle yang menurun. Sila berhati-hati dan bersedia untuk menjual. Sebaiknya juga jika melihat pembeli sudah tidak mampu menampung penjualan yang menderu-deru, sila terus jual. Lebih-lebih lagi jika kenaikan tidak sampai 10% pun daripada harga tawaran. Jangan teragak-agak. Jangan mula berharap saham ini akan naik dengan memberi seribu alasan kerana ketahuilah bahawa anda sedang melakukan ‘hope analysis’. Jika saham ini naik selepas itu, anda sentiasa boleh membeli kembali. Jangan risaukan duit yang belum dapat, tetapi risaulah modal yang sedia ada di tangan.

2014-06-27_125946.png


2014-06-27_130009.png


Apa yang di hairankan, isu supaya SC dan Bursa memantau offer price hanya akan terjadi jika harga saham jatuh. Namun jika harga naik, masing-masing senyap kutip untung senyap tanpa berbunyi walaupun sepatah. Sebagai pelabur yang bijak, seharusnya kita menguruskan risiko masing-masing dengan mengetahui strategi penjualan untuk saham-saham sebegini. Tidak perlulah menuding jari ke sana ke mari.

Tidak di nafikan IPO & MITI merupakan salah satu cara mengaut untung yang tinngi dalam jangka masa pendek kerana banyak saham baru yang berjaya berjaya memberikan premium tinggi kepada pelabur seperti UMWOG, FGV, MSM dan sebagainya. Ia masih relevan untuk di jadikan salah satu cabang pelaburan yang membuahkan hasil. Cuma semua pelabur yang hebat perlu mempunyai pelan keluar jika berlaku berlaku kecemasan seperti perkara di atas.

Paling penting, sila pelajari pelaburan intraday trading, short term trading atau long term trading daripada sifu-sifu yang terdapat di pasaran mengikut kepakaran masing-masing seperti Dr Nazri Khan, Ridzuan Ibrahim, Atuk Jr (Abdul Rahim Abdul Aziz, Khalid Embong, Faizal Yusof, FucionTcr team dan ramai lagi. Kerana peluang mendapat keuntungan di pasaran terbuka juga sangat besar. Hal ini kerana pelaburan ilmu adalah yang paling berharga. Jangan kedekut mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan pengetahuan daripada mereka yang lebih arif sebelum anda terpaksa membayar jumlah kerugian yang banyak daripada Mr Market.

Ingin tahu bagaimana menggunakan teknikal analisis untuk menjana pendapatan di Bursa Malaysia?
Buka akaun CDS dengan saya Puan Nor Akmar Abdullah.
Email: [email protected]/ [email protected]
Tel : 013-9220666
Sumber&Kredit:akmarremisier87.wordpress.com
 
Listing Detail:
Listing Sought: Main Market
Issue Price: RM 0.45
Par Value: RM 0.10

Dates:
Offer Period Open: 30-06-14
Offer Period Close: 16-07-14
Tentative listing date: 25-07-14

Number of shares:
Public Issue: 46,500,000
Offer for Sale: 14,660,000
Private Placement: 26,860,000

Stock Code: HHGROUP
Official Announcement

INITIAL PUBLIC OFFERING IN CONJUNCTION WITH OUR LISTING ON THE ACE MARKET OF BURSA MALAYSIA SECURITIES BERHAD COMPRISING:

(I) PUBLIC ISSUE OF 46,500,000 NEW ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH IN THE FOLLOWING MANNER:

7,000,000 NEW ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH AVAILABLE FOR APPLICATION BY THE MALAYSIAN PUBLIC;
5,000,000 NEW ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH AVAILABLE FOR APPLICATION BY OUR ELIGIBLE EMPLOYEES AND PERSONS WHO HAVE CONTRIBUTED TO THE SUCCESS OF OUR GROUP;
12,200,000 NEW ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH BY WAY OF PRIVATE PLACEMENT TO SELECTED INVESTORS; AND
22,300,000 NEW ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH BY WAY OF PRIVATE PLACEMENT TO BUMIPUTERA INVESTORS APPROVED BY THE MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY; AND


(II) OFFER FOR SALE OF 14,660,000 EXISTING ORDINARY SHARES OF RM0.10 EACH BY WAY OF PRIVATE PLACEMENT TO SELECTED INVESTORS;

AT AN ISSUE/OFFER PRICE OF RM0.45 PER SHARE PAYABLE IN FULL UPON APPLICATION
Company Overview

Heng Huat Resources Group Berhad, an investment holding company, engages in the manufacture and sale of mattresses and related products; and manufacture and trade of coconut and oil palm biomass materials in Malaysia. It offers fiber and other mattresses and bedding accessories, including mattresses, divans, and headboards under the Fibre Star brand name; and cushions, pillows, and bolsters under the Xiong Mao brand name to furniture retailers. The company also operates as an original equipment manufacturer of fiber mattress for various local brands. In addition, it provides oil palm empty fruit bunch fiber and coconut fiber for various applications, including mattress, briquette, coconut fiber sheet, and geotextile, paper pulp, landscaping, and horticulture; coconut peat for fertigation and soil conditioning applications; and coconut fiber sheets for mattress. Further, Heng Huat Resources Group Berhad exports its products to China. The company is headquartered in Sungai Bakap, Malaysia.


Address & Contact:
No. 2945, (Plot A2), Jalan Sungai Baong,
Kawasan Perindustrian Perabut Sungai Baong,
MK 5, 14200 Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang, Malaysia.

Tel : +604-5825888
Fax : +604-5821888 / +604-5822689
Email : [email protected]
Website: www.henghuat.com.my

In the News: Heng Huat plans to extend its geographical footprint to China

PETALING JAYA: Heng Huat Resources Group Bhd, which aims to raise RM20.93 million proceed from its initial public offering, plans to extend its geographical footprint in China to tap the growing demand for oil palm empty fruit bunch fibre (EFB).

In a statement yesterday, Heng Huat said its export to China has more than doubled in recent years comprising primarily EFB fibre to RM40.7 million in the financial year ended Dec 31, 2013 from RM18.7 million in FY2011.

"It is timely for us to extend our geographical footprint by including China as our expansion strategy. Our success thus far in penetrating the huge Chinese market with our exports says as much the unabated demand for our EFB fibre in the country as it does our product quality," said co-founder and managing director of Heng Huat, H'ng Choon Seng.

"With the planned set up of a subsidiary in China, we hope to not only strengthen our network amongst the industrial users, but also ride ahead the market trends as we cater our innovation initiatives to meet the market demand," he said.

In FY2013, he said Heng Huat's exports to China made up about 55.2% of the Group's revenue of RM73.7 million.

H'ng said the company plans to set up the subsidiary company in the southern region of China by the first quarter of 2015, subject to obtaining the relevant regulatory approvals from the China authorities.

Established since 2007, Heng Huat currently has three oil palm biomass processing facilities in Selama, Kedah, and in Seberang Prai Selatan, Penang, with a 20-line processing capacity of approximately 100,500 metric tonnes of EFB fibre per annum.

He said it also has a coconut biomass processing plant in Bachok, Kelantan, in addition to a production plant in Seberang Prai Selatan, Penang for downstream manufacturing of mattresses and related products.

"With sizable supply of EFB in Malaysia, coupled with our processing capacity, we are positive that our direct presence in China will help in scaling up the group's exports," he added.

Heng Huat, which is slated to be listed on the ACE Market of Bursa Malaysia on July 25, plans to allocate some RM4 million of its RM20.93 proceed for capital expenditure, RM4.55 million for working capital while the remaining RM9.38 million and RM3 million would be allocated for the repayment of bank borrowings and defraying listing expenses respectively.

-- The Sun Daily

dh open kat e-share ni..sapa yang byk collect fund dgn 3 IPO lepas boleh start klik2 utk apply..

dealer bisiik2 mungkin listing area dekat2 hari raya..25hb..hmmm..InsyaAllah boleh collect duit raya awal.:)

Tuan Katani17, byk lot ke apply / dapat IPO Heng Huat ni?
 
Penilaian IPO

Pandangan dari otai saham, Abdul Rahim Abdul Aziz 'ATUK' yg dipetik dari muka buku..:)

asmlkm abg ghani....atuk punya opinon ttg IPO ni mudah....i don't believe in any fair value reports....what's is 'fair value' ?....atuk hanya 'menilai' perbezaan harga diantara par value berbanding ipo price....lagi kecil lagi bagus...mcm econpile...lagi besar mcm icon & bousted plantation...apa jadi masa opening day...& reputasi 'underwriters & advisors' co. yg nak listing...perhatikan siapakah underwriters co. yg dipilih...byk boleh dipersoalkan....terutama bila mereka membuat 'adjustments' ttg par value, ipo price & initial capital required....so...cara atuk...abg just apply....if subscribed....gunakanlah method 'first day listing' dibawah ini....

matlamat co listing...
1 August 2013 at 11:48

23 October 2012

apa matlamat UTAMA syarikat ingin disenaraikan di BURSA MALAYSIA @ mana 2 bursa di dunia ?

macam2 jawapan ada...tapi atuk tanya yg UTAMA ??? dlm buku pelaburan cakap....to raise capital (cantik bunyinya.....)yg sebeno2nya co. ingin menjalankan perniagaannya dengan menggunakan kaedah OPM (other people's money)..hee..heee.. macamana caranya utk nampak murah...supaya kak bedah.pak pian..mak leha pun boleh beli...just lowered the par value (sekarang mana nak cari co. yg listing par value nya RM 1.00...ce cari kalu ada ).dan naikkan jumlah unit saham...co. tetap dapat modal yg diingini....

sebabnya public jarang tanya ;berapa par value co.anu yang nak listing tu?public hanya nak tahu berapa harga aja...dan berapa boleh pegi...janji listing murah...apply (balun..sapu...)

itu strategi co yg nak listing....apa pula strategi pelaburan kita ? itu pase kita jarang @ kadang 2 membuat pelaburan dalam ilmu dulu...sebelum membuat pelaburan saham @ apa saja jenis pelaburan........tau2 lepas itu...dah kelauuuuut

diatas adalah tulisan atuk pd okt.2012 (masih ada dlm notes...)...

so...kenapa marah2 dgn performance icon offshore ?...
par value - 0.50 ipo price - 1.85

bukankah sebelum listing lagi ...kita dah membayar 'premium' = 1.85 - 0.50 = RM 1.35 ?
bukankah ipo price 1.85 bersandarkan co. punya projected 'future value' ( lebih dr 1 thn ) yg telah di 'discounted' ?....'value' yg belum ujud lagi ?

bukankah opening price ( the first 5 min)...harga 'berlegar' di sekitar 2.14 - 2.19 ?..pd level ni saja dah ada TAMBAHAN premium 0.29 - 0.35 sen ?....pd level ini saja dah dpt ROI 15%- 19%...utk 'pelaburan' < dr 1 bulan ( tempoh dr mula apply ipo )

bukankah atuk ada tulis dulu ( thn 2012)...jika opening price X dapat ROI 10% ...just clear ALL positions ....begitu juga...jika opening price dpt lebih dr 10%...stay sekejap...jika price kearah mkt closing masih mantain above 10%...kita hold hingga esok...but...jika price mula menurun ketahap 10% ....kita clear all position !....

itu pase...setiap kenkawan WAJIB ada Trading Strategy....salah satu PRINSIP dlm trading @ investing....TAKE FULL RESPONSIBILITIES...BLAMED NO OTHERS !...
 
dh open kat e-share ni..sapa yang byk collect fund dgn 3 IPO lepas boleh start klik2 utk apply..

dealer bisiik2 mungkin listing area dekat2 hari raya..25hb..hmmm..InsyaAllah boleh collect duit raya awal.:)

Tuan Katani17, byk lot ke apply / dapat IPO Heng Huat ni?

Alhamdulillah, walaupun MITI hanya bagi 41700 unit je..:)
 
Back
Top
Log in Register