BTC USD 84,796.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

knp lepaskan tuan? x strong dah ke utk long term?

mencari peluang yang lebih baik..:)cgrock

Prospektus IPO hanyalah gambaran kenyataan di kertas, realitinya berbeza..so kawan2, berhati2 melanggan IPO..sometime you may win, sometime you may lose; you may lose in short term but dont lose forever..:)
 
Fgv tu bukan tak kuat ..meantime , restructuring , m&a pun belum selesai , income sebenar tak menyerlah .. my opinion la.. sbb sy pun follow fgv .. merembat saham miti .. but hit & run lebih awal .. bila trend kembali baru saya masuk balik .. newbies boleh intai2 siggy dibawah
 
Boosted ni 77% pokok productive .. 59% share control by company .. dari sumber rakan2 pelabur
 
RANG GST LULUS...BURSA AKAN ROLL OUT IN BURSA MARKET..

NEWS cam tak best aje utk yg main market kecik
Fees buy sales lagi...stamp lgi
GST lagi
apa yg tinggal!!!!!
 
Last edited:
Boustead Boleh Kumpul RM1 Bilion Melalui Penyenaraian Unit Pelandangannya

sesapa yg nak study IPO Boustead Plant silakan.. nnt share sini :)


BPB IPO Announcement-dd 30Dec2013 - 13 pages *utk Audited financial information jump to pg.8

BPB IPO Prospectus - 557 pages
(all file in pdf)


Boustead Boleh Kumpul RM1 Bilion Melalui Penyenaraian Unit Pelandangannya

Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 7:45 PM

PETALING JAYA: Boustead Holdings Bhd menjangka untuk mengumpul hingga RM1 bilion menjelang pertengahan Jun melalui cadangan penyenaraian anak syarikat milik penuhnya, Boustead Plantations Bhd, kata Timbalan Pengerusi/Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Pada Isnin, konglomerat itu menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan penyenaraian itu pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Selepas disenaraikan keseluruhan modal saham diperbesarkan dan berbayar Boustead Plantations akan berjumlah RM800 juta yang terdiri daripada 1.6 bilion saham.

Penyenaraian itu merangkumi penjualan hingga 76 juta saham tawaran dan terbitan awam sebanyak 580,000,000 saham yang akan diterbitkan kepada pelabur runcit dan institusi.

"Saya percaya penyenaraian ini akan memberi manfaat kepada pemegang saham. Masanya juga amat sesuai bagi kami kerana harga minyak sawit mentah (MSM) terus meningkat.

"Buat masa ini, harga MSM ialah pada RM2,675 setan metrik. Bagaimanapun, harga adalah dinamis, bergantung kepada beberapa faktor," katanya kepada pemberita selepas EGM itu, di sini hari ini.

Lodin berkata, paras simpanan semasa bagi komoditi itu ialah 1.66 juta tan metrik dengan julat harga yang mampan iaitu di antara RM2,600 dan RM2,700 setan metrik.

"Menjelang tibanya bulan Ramadhan, simpanan akan susut selanjutnya, sekali gus mendorong peningkatan harga," tegas beliau.

Katanya lagi, melalui pendapatan daripada penyenaraian itu, syarikat itu merancang untuk membeli ladang dan/atau tanah rizab perladangan yang matang dan boleh beransur-ansur meningkatkan perolehan, terutamanya di Malaysia, dalam tiga tahun akan datang.

"Kami juga akan menggunakan pendapatan sebanyak RM420 juta itu untuk membiayai sebahagian daripada pembelian, manakala selebihnya digunakan bagi keperluan modal kerja dan/atau pembayaran balik pinjaman bank bagi unit perladangan," jelasnya.

Boustead Plantations mengakhiri tahun kewangan 2013 dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM708 juta. Ini merupakan peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM593 juta bagi tahun sebelumnya.

Ini dicapai hasil perolehan sebanyak RM11.2 bilion yang bersamaan dengan pertambahan sebanyak 14 peratus daripada RM9.8 bilion yang dicatatkan bagi 2012.

Pembayaran dividen ditolak cukai bagi tahun berkenaan adalah sebanyak 30 sen sesaham iaitu naik 5.3 peratus berdasarkan harga penutupan bagi tahun dalam kajian.

Keseluruhan pembayaran dividen bagi tahun itu berjumlah RM310 juta.

Sumber: Mstar
 
utk apply ipo miti, kalau ade support letter financing perlu kemuka kemamupan kewangan lagi x?

ikut pemahaman dari borang, x perlu..klu perlu, leceh byk docs perlu sediakan/disahkan

ps- dah dpt support letter dr CIMB
 
Back
Top
Log in Register