BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Initial Public Offering (IPO)

Ahad Ogos 5, 2012

Naik Turun Harga Saham Perkara Biasa - Isa Samad

KUALA LUMPUR: Naik turun harga saham di Bursa Malaysia merupakan perkara biasa, kata Pengerusi kumpulan Felda Tan Sri Isa Samad.

Beliau berkata peneroka dan pemegang saham sudah sedia maklum terhadap situasi ini dan percaya keyakinan mereka terhadap FGV tidak akan terjejas disebabkan penurunan harga sahamnya.

"Kemerosotan harga saham FGV baru-baru ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga kelapa sawit dunia dan serantau, yang turut memnyebabkan penurunan di syarikat-syarikat perladangan yang lain.

"Ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan harga saham FGV kebelakangan ini yang menyaksikan harga sahamnya berada pada paras RM5.00," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa kumpulan FGV bersama anak yatim di sini, Sabtu.

Beliau pberkata asaran serantau dijangka kembali melonjak minggu hadapan, dan perkembangan positif ini dijangka mempengaruhi harga saham FGV minggu depan. "Saya percaya, dengan perancangan yang kita telah buat, FGV akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," kata Isa.

Beliau bagaimanapun berkata harga saham FGV turut bergantung kepada keadaan ekonomi dunia dan serantau, dan harga komoditi yang sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan.

Isa turut mengulas mengenai laporan negatif mengenai saham FGV oleh sesetengah penulis blog di Malaysia yang disifatkannya sebagai tidak berasas dan mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Sehingga pukul 5 petang Jumaat, harga saham FGV berada pada paras RM5.05.

FGV yang baru disenaraikan pada 28 Jun lepas, diapungkan pada harga RM4.55 seunit, dan pernah mencecah RM5.50 pada minggu awal disenaraikan sebelum merosot pada harga ketika ini. -BERNAMA

fuhh..lega den..kalo berani naikla smpi rm6..baru boleh raya sakan
..thanks bro..
 
Alhamdulillah umpan kecil IHH di makan anak sembilang hari ni walaupun umpan besar belum lagi di makan jerung
 
Last edited:
IPO Astro ke Tuan??? Datasonic apa pendapat Tuan???

astro 7@8hb ni dh leh mohon miti..apply PASUKHAS murah..apa pendapt korang..

Alhamdulillah umpan kecil IHH di makan anak sembilang hari ni walaupun umpan besar belum lagi di makan jerung

Ipo apa tuan.? Nak tahu gak...macam nak apply datasonic..tuan apply x?

Kita tengok dulu perkembangan dan ulasan mengenai Astro dan Datasonic. Astro ttg status halalnya manakala Datasonic pula pasal kewajaran hg tawaran ( Fair Value). Saya baca sekali pandang je pasal Pasukhas ni dan x bercadang utk mencuba. So, setakat ni masih tertumpu kpd Datasonic dan Astro. Limit saya hanyalah pada closing date. tuan2 bole letakkan apa2 info pasal IPO yg terkini bagi memudahkan kita membuat keputusan...:)
 
Back
Top
Log in Register