Cth. CENSOF, hg IPO @ 0.93/unit
- sekiranya hg listing adalah 0.90/unit bermakna ada diskoun sebanyak 3sen/unit. Kita rugi.
- sekiranya hg listing adalah 0.98/unit bermakna ada premium sebanyak 5sen/unit. Kita untung.
p/s: Pengiraan untung/rugi jualan saham perlu mengambil kira kos2 brokerage yg lain juga. Rujuk posts sblm ini.
Saham Censof melonjak pada hari pertama dagangan
2011/02/01
CENTURY Software Holdings Bhd (Censof), syarikat penyelesaian perisian pengurusan kewangan yang memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia semalam,
mencatat premium sehingga 7.92 peratus atau tujuh sen sesaham berbanding harga rujukan tawaran awam permulaannya (IPO) iaitu 93 sen sesaham.
Harga saham syarikat berkenaan dibuka pada 94 sen sesaham melonjak sehingga RM1 sesaham, naik tujuh sen berbanding harga rujukannya pada sesi awal dagangan.
Bagaimanapun aktiviti pengambilan untung yang muncul khususnya pada sesi petang susulan cuti perayaan Tahun Baru Cina yang panjang menyaksikan ia ditutup pada 96 sen sesaham, naik tiga sen atau 3.22 peratus.
Secara puratanya harga purata urus niaga saham Censof semalam 96 sen sesaham dengan 20.2 juta saham bernilai RM19.6 juta diurusniagakan.
Mengulas perkembangan itu, Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Samsul Husin, berkata pihaknya berpuas hati dengan prestasi harga saham yang dicatat kumpulan itu semalam.
Katanya, susulan penyenaraiannya itu, syarikat itu memberikan tumpuan kepada perancangan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan dan pertumbuhan pada tahun ini.
“Censof memiliki dua segmen perniagaan, iaitu Penyelesaian Perisian Pengurusan Kewangan (FMSS) dan gerbang pembayaran.
“FMSS memberi kestabilan kepada pendapatan syarikat, manakala pertumbuhan akan dijana oleh gerbang pembayaran.
“Saya yakin dengan perniagaan dan perkhidmatan pembayaran kerana ia menjanjikan potensi pertumbuhan bagi tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis penyenaraian syarikat itu yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin di Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Samsul, bagi produk FMSS syarikat itu menyasar untuk mengukuhkan kedudukannya di rantau ini dengan menembusi pasaran Indonesia, Kemboja dan Brunei.