BTC USD 80,864.6 Gold USD 4,382.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Inilah 'syurga' Brickfields

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Jika aktiviti pelacuran di Jalan Haji Taib dan Jalan Alor di ibu kota ada pasang surutnya tetapi aktiviti yang sama di sekitar Jalan Thambipillay, Brickfields sentiasa meriah saban malam.

Di sebalik kesibukannya pada waktu siang hari kerana berdekatan dengan KL Sentral pada waktu malam sisi gelap Brickfields juga tidak kurang sibuknya.

Lebih teruk, aktiviti persundalan itu dilakukan secara terang-terangan di beberapa buah premis perniagaan dan rumah tumpangan.

Fenomena itu bukan baru tetapi sejak lambakan pekerja asing di ibu kota, aktiviti pelacuran di situ dikatakan kembali meriah terutama pada malam minggu.

Operasi demi operasi pihak berkuasa seakan-akan 'mencurah air di daun keladi' kerana tidak mampu melumpuhkan aktiviti itu ke akar umbi.

Malah sumber Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sendiri mendedahkan, pihaknya mendapati aktiviti pelacuran akan kembali beroperasi walaupun selepas empat jam serbuan DBKL dilakukan.

Bagi mengetahui sendiri, wartawan Kosmo! Ahad melakukan tinjauan selama tiga hari di Brickfields dan mendapati hampir kesemua premis yang pernah disita beberapa kali oleh DBKL sebelum ini kini telah dibuka semula.

Malah majoriti pelanggan yang keluar masuk ke premis berkenaan terdiri daripada golongan yang berusia sekitar 20-an hingga 50-an selain warga asing.

Pemerhatian juga mendapati terdapat sebuah meja makan diletakkan bersebelahan dengan pintu masuk hampir kesemua pusat pelacuran itu yang dipercayai berfungsi sebagai kaunter dan pusat kawalan sindiket terbabit.

Lelaki yang duduk di meja berkenaan bukan sahaja berperanan sebagai mata-mata yang 'menjaga' pusat pelacuran malah menjadi tempat pendaftaran kepada pelacur yang mahu menjalankan perkhidmatan.
 

Attachments

  • 35 KB Views: 253
  • 23.2 KB Views: 247
  • 30.5 KB Views: 243
  • 23.8 KB Views: 245
Dah kata syurga lagi ramai yang pi nanti...
 
makin menjadi2 plak...
salah sape...:-?
 
manusia yang hatinya gelap jer pegi cni
 
Back
Top
Log in Register