BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Ini Mungkin Harga Google Pixel 7a & Fold

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
Berdasarkan sumber, 2 peranti Google Pixel Fold dan 7a akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam acara Google I/O pada 10 Mei nanti, kedua-dua peranti baru Google itu mungkin akan diumumkan secara rasmi.

gsmarena_002.jpg


Pixel 7a didakwa akan dijual pada tanda harga rasmi USD499 (~RM2,190) dan menawarkan 4 pilihan - charcoal, snow, sea, dan coral. Seandainya benar, harga jualan untuk Pixel 7a USD50 (~RM220) lebih mahal berbanding pendahulunya, Pixel 6a. Untuk spesifikasi, Pixel 7a dikuasakan cip Tensor G2, skrin dengan sokongan kadar segar semula 90Hz dan menyokong pengecasan wayarles.

gsmarena_001.jpg


Google Pixel Fold pula dikhabarkan berada pada tanda harga USD1,799 (~RM7,885) dan mungkin akan tersedia untuk dibeli pada 27 Jun nanti.

Sumber asal GSMArena
 
Pixel 7a Di Lancarkan Dengan Naik Taraf Sistem Kamera

Selain Pixel Fold, Google turut melancarkan Pixel 7a sebagai penambahan dalam portfolio peranti Pixel.

Spesifikasi

Pixel-7a_4.jpg

Membawakan binaan yang sama seperti Pixel 6a, ia dilengkapi skrin berukuran 6.1-inci OLED dengan resolusi FHD+, perlindungan Corning Gorilla Glass Victus 3 dan IP67 serta 90Hz kadar segar semula. Menguasakan Pixel 7a adalah cip Google Tensor G2. Ia digandingkan bersama 8GB RAM LPDDR5 dan 128GB storan dalaman yang berasaskan UFS 3.1.
Pixel-7a_3.png

Sistem kamera turut ditambah baik berbanding pendahulunya. Pada bahagian panel belakang, ia menempatkan tetapan dua kamera 64MP utama dengan sokongan Super Res Zoom sehingga 8x dan 13MP ultra-lebar, manakala kamera hadapan dengan 13MP. Bagi menghidupkan peranti, Pixel 7a diisi dengan bateri berkapasiti 4,385mAh serta didatangkan bersama kepala pengecas dan USB-C dalam kotak pembelian. Ia juga menyokong kemas kini Pixel sehingga 5 tahun.

Harga

Pixel-7a_2.png


Terdapat empat varian warna yang tersedia iaitu Coral, Sea, Charcoal dan Snow. Harga yang ditawarkan bermula $499 (~RM2,220) untuk pasaran AS.

Sumber asal
Google
 
Back
Top
Log in Register