BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ini cuti umum 2026, dengan 6 hujung minggu panjang di Singapura

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25
833551c4-a240-4baa-9b7b-6e5ad84ce63b.png

Orang ramai dilihat di Marina Bay di Singapura pada 22 Apr 2025. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (16 Jun) mengumumkan tarikh-tarikh cuti umum Singapura bagi 2026, dengan enam hujung minggu panjang.

Enam cuti umum pada tahun hadapan jatuh pada hari Jumaat atau Ahad.

Tiga cuti umum jatuh pada Jumaat:

* Good Friday (3 Apr)
* Hari Buruh (1 Mei)
* Hari Krismas (25 Dis)

Tiga cuti umum jatuh pada Ahad:

* Hari Vesak (31 Mei)
* Hari Kebangsaan (9 Ogos)
* Deepavali (8 Nov)

Hari Isnin berikutnya akan menjadi cuti umum.

Cuti umum lain adalah:

* Hari Tahun Baharu (1 Jan)
* Tahun Baharu Cina (17 dan 18 Feb)
* Hari Raya Puasa (21 Mac)
* Hari Raya Haji (27 Mei)

Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti umum berhak menerima bayaran gaji tambahan sehari pada kadar asas gaji, sebagai tambahan kepada kadar gaji kasarnya untuk hari tersebut, menurut MOM.

Majikan dan pekerja juga boleh sama-sama bersetuju untuk menggantikan hari cuti umum dengan hari bekerja yang lain, tambahnya.

Majikan juga mempunyai pilihan untuk memberikan cuti gantian (time-off-in-lieu), berdasarkan jumlah jam yang dipersetujui bersama, kepada kumpulan pekerja berikut yang bekerja pada hari cuti umum: Pekerja am yang memperoleh lebih daripada S$4,500 sebulan; pekerja bukan am yang memperoleh lebih daripada S$2,600 sebulan; dan semua pengurus serta eksekutif.

 
Back
Top
Log in Register