BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ingin dikenali seluruh dunia

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
Penulis begitu kagum melihat kepantasan lelaki berdarah Cina dan Inggeris ini memasak. Jauh di sudut hati lahir juga rasa terkejut kerana kaum lelaki sudah pandai memasak dan boleh sediakan apa saja hidangan yang diinginkan.

Namun, dunia kini sudah berubah. Lelaki sekarang sudah mampu melakukan apa yang wanita boleh buat begitulah juga sebaliknya. Bertanyakan hal itu kepada Chef Sherson Lian, 28, beliau yang tengah asyik memotong bawang besar untuk menumisnya di dalam kuali berkata, tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya kita rajin berusaha untuk capai apa yang diinginkan.

"Saya sendiri pun bangga dengan diri sendiri kerana telah berada dalam kedudukan sekarang. Cuma tinggal lagi keinginan saya untuk diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bidang masakan," katanya ketika ditemui pada program Cipta Rasa Dutch Lady Bersama Chef Sherson di The Cooking House, Desa Sri Hartamas, baru-baru ini.

Sherson merupakan salah seorang chef selebriti yang mengendalikan program masakan terkenal, 5 Rencah 5 Rasa dengan cara yang tersendiri. Kelincahannya ketika berada di dapur siap
dengan gaya ala ibu-ibu yang ‘mencampakkan’ sahaja segala bahan tanpa mengikut sukatan menafsirkan yang dia benar-benar ghairah dengan seni masakan.

Ramai yang memberitahu beliau sangat kreatif dan pandai menarik perhatian penonton dengan gayanya yang begitu bersahaja. Lebih mengagumkan, Sherson mampu memasak sesebuah resipi menggunakan caranya sendiri yang sangat berbeza dengan cara asal, namun hasilnya sungguh lazat.

Cerita Sherson, sejak usianya 13 tahun, dia telah didedahkan dengan dunia masakan. Begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain. Pendek kata, mereka bertiga memang pandai
memasak walau usia masih muda. Ujarnya lagi, latar belakang keluarga yang terlibat dalam industri makanan menjadi faktor mengapa dia berada dalam bidang berkenaan.

"Saya masih ingat, kali pertama saya memasak adalah satu hidangan Cina yang kemudiannya dijual di kantin sekolah. Sambutan sangat menggalakkan dan saya cukup gembira bila diberi pujian. Sejak dari hari itu, saya terus belajar pelbagai resipi daripada ibu tercinta.

"Suka saya katakan bahawa ibulah sumber inspirasi saya dalam bidang ini kerana pengalaman dan kepakarannya dalam masakan sudah menjangkau 15 tahun," kata Sherson yang turut
menonton program masakan yang dikendalikan oleh Chef Jaime Oliver dan Chef Gordon Ramsay untuk mempertingkatkan kemahirannya dalam dunia masakan.

Peluang terbang ke mana sahaja

Sherson akui, sejak keterlibatannya dalam bidang masakan, dirinya mula menjadi perhatian orang ramai saat dia keluar membeli-belah atau ke mana sahaja destinasi ditujui. "Bila jumpa, mereka akan tanya chef tak masak hari ini? Menu apa yang menarik untuk makan malam? Boleh tak nak bergambar?

"Kadang-kadang saya gembira bila ditanya sebegitu. Sekurang-kurangnya mereka hargai apa keistimewaan yang ada pada diri ini," kata anak kelahiran Melaka ini. Beritahu Sherson, sejak dia berkecimpung dalam dunia masakan, hidupnya makin indah dan banyak negara telah dijelajah hanya disebabkan bakat memasak yang ada pada dirinya.

"Sehingga kini saya telah pergi ke India, China, Afrika Barat, Vietnam, Thailand, Indonesia, Pakistan dan Filipina bagi memenuhi undangan memasak untuk negara berkenaan. Untuk program televisyen pula, saya pernah sampai ke Scotland dan Perancis.

"Memang teruja bila sampai ke sana. Selain memasak, saya dapat kenal adat dan budaya masyarakat di sana," ujarnya yang sangat meminati masakan Asia.

Skuba dan muzik

Memasak adalah hobi utama namun hobi lain seperti selam skuba dan mendengar muzik turut menjadi sebahagian kehidupan bahagia Sherson. Ujarnya, hobi menyelam skuba telah dilakukan sejak berusia 17 tahun dan setiap kali dia melakukan aktiviti tersebut, dia akan menemui ketenangan ketika berada di dasar laut.

"Walau sentiasa sibuk dengan kerjaya memasak, saya akan pastikan juga aktiviti skuba ini dilakukan walaupun hanya sekali setahun dan lokasi kegemaran saya setakat ini adalah di Pulau Perhentian, Terengganu,” ujarnya yang berkongsi minat dengan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Tentang muzik, Sherson beritahu, ia sudah sebati dengan jiwanya dan jika ada masa terluang dia gemar bermain gitar di rumah. "Saya suka muzik pop, jazz dan blues. Jason Mraz, John Mayor dan Eric Clapton pula diminati kerana bakat dalam menghasilkan lagu dan penghayatan mereka dengan cara tersendiri," kata Sherson.
 
Back
Top
Log in Register