cloud10
Active+ Member
- Messages
- 4,288
- Joined
- Dec 10, 2008
- Messages
- 4,288
- Reaction score
- 31
- Points
- 30
Selalunya apabila mendapat nikmat orang gembira dan berbangga. Jarang orang menyedari rahsia di sebalik nikmat itu. Sebenarnya nikmat yang Allah berikan itu adalah untuk menguji seseorang, samada ia boleh bersyukur dengan nikmat itu atau tidak. Seseorang yang bersyukur dengan nikmat akan terharu dan takut dengan nikmat yang diperolehinya. Ia terharu kerana kurniaan Allah pada dirinya yang dirasakan dirinya tidak layak untuk menerima nikmat dan takut tidak dapat melahirkan kesyukuran dengan menunaikan hak yang sepatutnya. Ia takut akan lalai dengan nikmat sehingga lupa Allah. Itulah yang berlaku kepada Firaun dan Qarun yang diberikan Allah nikmat kekayaan tetapi lupa Allah sehingga mengaku dirinya tuhan.
Beruntunglah orang yang tawadhuk ketika menerima nikmat. Dia dapat merasakan dirinya hina di hadapan Allah dan menggunakan nikmat yang Allah berikan itu dengan sebaik-baiknya. Dalam rasa hati yang sebegitu, ia tidak ghairah dengan nikmat tersebut, malah ia takut tidak dapat menggunakan nikmat itu untuk mendidiknya. Sebaliknya orang yang angkuh akan menerima nikmat dengan mendabik dada dan tidak bersyukur langsung kepada yang mengurniakan nikmat kepadanya. Dia akan bangga dengan pangkat, kemewahan dan kesenangan yang diperolehi olehnya sehingga lupa kepada Allah. Orang yang sebegini apabila diuji oleh Allah dengan kesusahan, turun pangkat, hilang harta dan hilang orang yang disayangi, dia akan melatah dan menyalahkan takdir. Kita sebagai hamba Allah patut sedar bahawa Allah memberi kesenangan kepada kita untuk menguji sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat. Nikmat-nikmat ini juga akan menjadi benteng untuk kita tahan menanggung ujian susah dan menderita. Apabila kita ditimpa musibah, ingatlah bahawa kita telah banyak menerima nikmat yang tidak terhingga daripada Allah. Apalah salahnya sekali-sekala kita disusahkan.
Untung juga kita ini diuji dengan kesusahan , kita akan mengingati Allah dan bermunajat kepadaNya. Sekiranya kita telah biasa dengan mensyukuri nikmat, kita akan berlapang dada dengan kepayahan yang sedikit. Malah itulah peluang mendidik hati untuk menjadi orang yang tawadhuk, sabar, dan redha. Allah merahmati orang yang begitu dan memberi mereka petunjuk untuk terus syukur dan memiliki jiwa yang tenang. . Sabda Rasulullah s.a.w : "Siapa yang diberi kurnia, lalu berterima kasih, diuji lalu bersabar, dianiaya lalu memaafkan dan bila ia menzalimi ia memaafkan." Kemudian baginda mendiamkan diri. Maka para sahabat bertanya : Mengapa ya Rasulullah ? Jawab baginda: "Merekalah orang yang telah mendapat hidayah dan petunjuk." Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur di kala senang mahu pun susah. Tanda kita bersyukur ialah apabila kita merasa gembira di atas nikmat yang wujud pada diri kita, lalu mendorong kita untuk beramal dan beribadah kepada Allah s.w.t. Membanyakkan syukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t serta memuji-mujinya dengan lisan. Sabda Rasulallah s.a.w : "Kiranya salah seorang umatku diberikan dunia dan seisinya, kemudian dia mengucapkan Alhamdulillah, nescaya ucapan itu lebih utama dari dunia dan seisinya." Ujian kesusahan juga sebagai pendorong untuk kita bersyukur. Selalunya ketika di dalam nikmat, kita tidak menghargainya, malah tidak mengucapkan syukur. Lalu Allah menempelak kita dengan di datangkan ujian dan kesusahan., barulah kita sedar diri. Sedar dan menyesal apabila nikmat telah ditarik.
Seterusnya datanglah azam untuk kita membaiki diri kita dan menjadi orang yang bersyukur. Hamba yang bersyukur, apabila di datangi ujian , dia akan sabar dan redha. Baginya Allah telah memberikannya berbagai-bagai keperluan. Malu rasanya untuk mengangkat muka apabila di datangkan sedikit kesusahan. Apatah lagi bagi seorang hamba yang telah mengenal bahawa disebalik ujian itu terdapat hikmah dan rahmat, lebih-lebih lagilah, dia tidak terasa bebanan ujian, malah seronok apabila didatangkan kesusahan dan ujian, kerana dia tahu Allah tidak akan mendatangkan sesuatu itu dengan sia-sia. Jadi tidaklah dia berperangai dengan perangai orang yang tidak kenal Allah iaitu sentiasa keluh kesah dengan ujian daripada Allah. Kerana itu sentiasalah mengingati nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Semoga kita menjadi orang yang sabar dan redha dengan ujian penderitaan serta bersyukur dengan nikmat-nikmat kurniaan Allah.

Last edited: