BTC USD 84,118.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info mengenai Santau Dan Cara Mengatasinya

cixent

Banned
Messages
129
Joined
Jun 28, 2013
Messages
129
Reaction score
66
Points
20
bomoh.jpg


Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan

2cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.
Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.

Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia.

Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru.

Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.

images


Cara Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Sumber: http://www.cari.gold/2013/06/info-mengenai-santau-dan-cara.html
 
Cara Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Sumber: http://www.cari.gold/2013/06/info-mengenai-santau-dan-cara.html

so maknanya bila kita kat depan makan perlu wat cm ni dlu ke tt ???
 
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

(Surah Al-Baqarah, ayat 102)
 
Untah la.. aku x penah buat.. ni baru nak try.. tp nak try caner. macam la aku leh cari makanan yg ada santau untuk dicuba lelangit lidah. LOL... ini dari sumber2 yg aku cari kat internet. tp yang aku sedia tahu. Setiap kali nak jamah makanan selawat dulu 7 kali.. insyalah nnti kalo makanan yg kita nak jamah tu x elok atau ada benda2 x elok Allah tolong lindungi kita dengan macam2 cara. biasanya dengan perantaraan makluknya juga.. contoh tetiba kucing lompat masuk lam pinggan dan makanan tu pun kotor ataupun pinggan tu terjatuh dengan x sengaja dan lain2.
 
pak sdara kwn penah nak kena santau ms kat kedai makan..br nak minum gelas dah pecah.,rupa2nya pak sdara kwn ni ada 'benda' yg jage..berdesup tuan kedai dtg mtk maap!rupa2nye jin die lg power dr jin tuan kedai..kekeke

p/s - hasbunallah wa ni'mal wakeel ni'mal maula wa ni'mal nasir,,jdkan amalan insyallah kita sentiasa di dalam lindungan yg Maha Kuasa :D
 
makan 3 biji bawang merah mentah.dengan izin Allah tawarlah segala racun santau
aku pernah baca kat mastika,jari telunjuk letak kat bawah gelas.kalo air panas tapi kita rasa sejuk kat bawah,hati2 lah.tapi kalo milo ais ke teh ais tak taulah teman nak menjawapnya.hehee
 
Back
Top
Log in Register