BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kes lemas harian

14233504266677045-398616.jpg

14233504266677045-398617.jpg


Warga emas hilang ketika menjala ikan di sungai


Tambunan: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar menjala ikan di Sungai Pagalan berhampiran Kampung Nouduh, di sini, sejak petang semalam.

Mangsa, Markus @ Marchous Antigang, 74, dilaporkan keluar dari rumah kira-kira jam 4 petang menuju ke sungai berkenaan, namun tidak pulang sehingga kini.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tambunan pada jam 8 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Katanya, sepasukan 12 anggota BBP Tambunan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

"Pasukan bomba bergerak ke IPD Tambunan bagi sesi taklimat operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama agensi penyelamat lain sebelum operasi dijalankan.

"Operasi SAR dijalankan menggunakan kaedah 'Water Surface Searching' dengan bantuan bot rafting milik kakitangan Lobou-Lobou Resort bagi pencarian di kawasan sungai sejauh 9.7 kilometer," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Operasi turut membabitkan tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 11 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), lima kakitangan Lobou-Lobou Resort, dua anggota Pasukan Bomba Sukarela Kampung Tangaban serta tujuh anggota Bomba Komuniti Kampung Rompon.

Setakat ini katanya, mangsa masih belum ditemukan dan operasi SAR masih diteruskan.


Artikel Harian Metro
 

Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Cuba Selamatkan Jetski Hanyut Di Langkawi​

ec9a0f330e42db11de3439a089d7286a5ffe870959cec


Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai cuba menyelamatkan sebuah jet ski yang hanyut di tengah laut dalam kejadian di Jalan Pantai Tengah, Langkawi, hari ini .

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 9 malam sebelum tiba di lokasi 22 minit kemudian.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra digerakkan ke lokasi kejadian. Sebaik tiba, kami dimaklumkan mangsa, Arash Nashran Abdul Maser, 23, dipercayai lemas di laut pada jarak kira-kira 100 meter dari pantai.

“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan jetski yang hanyut di tengah laut sebelum ombak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air. Difahamkan mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian awsal turut dijalankan di kawasan persisiran pantai bersama orang awam, namun mangsa masih belum ditemui.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) akan memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) awal pagi esok bagi mengesan mangsa,” katanya.

 


Seorang masih hilang, 8 lagi terselamat dalam insiden perahu karam di Sungai Banting


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang masih hilang dikenali sebagai Gerald Lansam, 42.

"Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 1.15 petang itu, perahu yang dinaiki kesemua mangsa telah mengalami kerosakan enjin lalu melintang pada tiang jambatan sebelum terbalik akibat arus deras," ujarnya.


Mangsa katanya sempat dilihat berpaut pada tiang jambatan yang mana semasa orang kampung menghampiri mangsa, mangsa dilihat telah tenggelam dan dibawa arus deras sungai.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan usaha pencarian mangsa dengan menggunakan teknik pencarian secara permukaan di lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum tenggelam dibawa arus deras sungai.

#sarawakupdate
 
14246759361428533-403254.jpg








Lelaki hilang dibawa arus deras sungai semasa mandi

BARAM: Seorang lelaki hilang dibawa arus deras sungai semasa mandi di perairan Kampung Ling Miri di Sungai Baram pada petang Sabtu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, semasa kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Maxwell Laing Michael, 37 dikatakan sedang mandi di sungai sekitar jam 3.30 petang.

"Maklumat awal yang diperoleh dari isteri mangsa mendapati semasa kejadian, mangsa dikatakan berenang ke kawasan tengah sungai da apabila sampai di tengah sungai, mangsa dilihat telah tenggelam sambil tangan tergapai-gapai dan tidak lagi muncul ke permukaan air," ujarnya.

Menurutnya, sepasukan angggota bomba dari BBP Marudi bergerak ke lokasi yang terletak pada jarak enam jam perjalanan dari balai.

Hari pertama SAR pada hari ini katanya mensasarkan radius pencarian sekitar 3 kilometer ke hilir sungai Baram dengan menggunakan teknik pencarian secara permukaan.

Operasi SAR pada hari pertama ini be belum menunjukkan sebarang petanda yang baharu yang mana usaha pencarian akan diteruskan di hari yang ke-2 esok.

Sebarang perkembangan terbaru berhubung usaha SAR akan dimaklumkan dari masa ke masa

#sarawakupdate
 
Nasib Ada yang bantu dan perasan, kalau tak dah jadi arwah akak ni.
hati hati gais mandi manda.

#videoviral

 


Awasi anak-anak anda, jangan biarkan mereka bermain di tempat seperti ini tanpa pengawasan.

Syukur budak perempuan itu selamat.

Lokasi : Luar negara

Kredit ➡️ Kelab Info Malaysia
 


Sikap lalai boleh membawa PADAH
 
14303689673958685-420804.jpg

14303689673958685-420805.jpg

14303689673958685-420806.jpg







Lelaki hilang selepas bot terbalik di perairan Pulau Tenggol


DUNGUN: Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Pulau Tenggol, di sini, semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan bagi mengesan mangsa yang dikenali sebagai Sabrie Rusli, 32.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai kemeja-T berlengan panjang berwarna kelabu dan putih.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam di lokasi kira-kira enam batu nautika ke timur laut Kuala Dungun.

Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kuantan menerima maklumat mengenai kejadian menerusi panggilan kecemasan 999 pada jam 6.10 petang sebelum aset SAR digerakkan ke lokasi.

Operasi SAR hari kedua pagi ini meliputi kawasan seluas 58.6 batu nautika persegi di sekitar perairan Pulau Tenggol.

Antara aset yang terbabit ialah Bot Perkasa 49 dan KM Jujur milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selain pesawat CL-415 bagi membantu pencarian dari udara.

Usaha mengesan mangsa masih diteruskan dengan memberikan tumpuan di sekitar lokasi kejadian serta kawasan yang dikenal pasti berpotensi.

Artikel Buletin Tv3
 
Back
Top
Log in Register