BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Info kebakaran seluruh malaysia

Lelaki, Wanita Ditemukan Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Skudai​

276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Damai Jaya, Skudai di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.28 pagi dan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Toyota Hilux dengan kekuatan 13 anggota digegaskan ke lokasi.

"Setibanya di tempat kejadian, kebakaran didapati melibatkan ruang tamu tingkat bawah rumah berkenaan dengan kemusnahan dianggar 40 peratus.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak melaksanakan pemadaman dan melakukan operasi pencarian sebelum menemukan kedua-dua mangsa berusia 21 dan 22 tahun di tingkat atas dalam keadaan tidak sedarkan diri serta dipercayai telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Saifulbahri berkata mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 8.08 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Radin Ramlan Radin Taha dalam kenyataan berasingan berkata mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk dibedah siasat.

"Difahamkan hubungan si mati berdua adalah kenalan di tempat kerja dan kita telah memanggil suami mangsa untuk diambil keterangan (prosedur biasa).

"(Bagaimanapun), punca kebakaran serta kematian masih dalam siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

 


Kejadian di Bazar Ramadan Bagan Serai

Satu kejadian dilaporkan berlaku di kawasan Bazar Ramadan Bagan Serai. Punca sebenar masih belum diketahui dan setakat ini tiada maklumat lanjut diperolehi.

Bagaimanapun, rakaman video kejadian tersebut telah tular di pelbagai platform media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dimohon untuk berkongsi di ruangan komen bagi membantu mendapatkan gambaran sebenar kejadian:

Gerai jualan apa yang terlibat?

Jam berapa kejadian berlaku?

Apakah punca kejadian?

Apakah kesan daripada kejadian tersebut?

Adakah terdapat mangsa yang terlibat?

Berapakah anggaran kerugian?

Sekiranya anda mempunyai maklumat sahih, sila kongsikan di ruangan komen. Kerjasama anda amat dihargai.

Sumber BSKH
 


terbaik abam bomba pantas bertindak
 
Back
Top
Log in Register