BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Jerebu

syahrizal

Active Member
Messages
1,856
Joined
May 25, 2010
Messages
1,856
Reaction score
53
Points
30
Jerebu.jpg

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-Punca Jerebu
Pembakaran Secara Terbuka
Asap Dari Kilang
Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

(Nilai IPU) --- Status
(0 - 50) --- Baik
(51 - 100) --- Sederhana
(101 - 200) --- Tidak Sihat
(201 - 300) --- Sangat Tidak Sihat
(301 - 500) --- Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

i. Kanak-kanak
ii. Orang tua
iii. Mereka yang mengalami penyakit
  • asma
  • bronkitis
  • radang paru-paru
  • penyakit paru-paru yang kronik
  • jantung
  • alahan
iv. Perokok
v. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
  • Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
  • Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Sumber: NIOSH Malaysia
 
Last edited:
doa moga hujan turun lebat..lagi lebat lagi bagus

tu je..cara nak bagi jerebu hilang or kurang

kat malaysia ni punca utama jerebu akibat open burning kat sumatera (terutamanya kebakaran tanah gambt) + lama tak hujan..
 
n9 ari ni ujan. td den pi seremban ada la jerebu skit..
 
shah alam lebat gile hujan dr tgh ari..hehe
 
Harap warga CG semua tak marah saya korek topik lama ni. Saya malas buka topik jerebu lagi.

Untuk pengetahuan semua, kerajaan telahpun mengeluarkan arahan baru hari ini setelah aktiviti pembenihan hujan masih tidak dapat mengatasi kesan jerebu yang teruk dibeberapa kawasan. Ini sedikit sebanyak menggangu promosi tahun melawat Malaysia 2014.

Kerajaan telahpun mengeluarkan arahan kepada kesemua agensi kerajaan yang terlibat. Tindakkan keras akan di ambil termasuk kompaun maksimum akan dikenakan kepada pesalah yang membakar hutan atau sampah secara terbuka.

Jika bomba sampai dan tidak dapat mencari pesalah yang mulakan kebakaran, tuan tanah akan dijatuhi hukuman salah dan dikenakan kompaun maksimum tersebut.

Kira sama-sama kena pikul tanggungjawab. Alasan yang diberikan adalah kerana tuan tanah tidah hiraukan tanahnya dan tidak mengambil langkah-langkah pencegahan.

Drastik juga arahan ini. Apa pandangan anda?
 
Hujan sepanjang hari semalam dan malam tadi pun sampai basah bumi tetapi jerebu tidak hilang. Bau asap cukup kuat.

Mungkin bagus juga tindakan kerajaan nak saman tuan tanah.
 
smlm putrajaya hampir sehari suntuk hujan, petang tu tgk jerebu dah hilang, tiba2 pagi ni makin tebal jerebu, bau asap lagi...
 
Back
Top
Log in Register