BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Industri automotif perlu daya saing

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Mustapa (belakang, enam, kiri) bersama graduan pada Majlis Pengijazahan Institut Automotif Malaysia (MAI) 2014, di Cyberjaya, malam kelmarin.


PEMAIN industri automotif tempatan perlu berusaha keras dan berupaya mencapai daya saing yang tinggi kerana terpaksa berdepan cabaran besar dalam perubahan trend semasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha itu perlu dilakukan demi memastikan mereka terus kekal relevan dalam industri automotif Malaysia.

“Pemain automotif tempatan tiada pilihan lain lagikerana industri automotif ketika ini berdepan dengan tuntutan tinggi bagi peraturan keselamatan automotif, tekanan bagi dasar alam sekitar dan permintaan terhadap kenderaan kos rendah.

“Lebih kritikal adalah persaingan sengit antara pengeluar automotif dalam menguasai pasaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengijazahan Institut Automotif Malaysia (MAI) 2014, di Cyberjaya, malam kelmarin.

Mustapa berkata, masalah itu boleh diatasi jika pemain industri automotif menjalankan amalan pengilangan yang baik seperti ‘Lean Production System’ (LPS) yang terbukti dapat memberikan manfaat kepada syarikat termasuk pengurangan kos operasi, pengeluaran berkualiti tinggi dan proses penghantaran yang cepat.

“Kombinasi perkongsian berjaya antara kerajaan dan industri, manfaatnya adalah saling eksklusif. LPS adalah program yang dibangunkan untuk membantu syarikat dan pekerjanya melaksanakan LPS dalam operasi pengeluaran mereka. Pekerja dilatih mengenai sistem dan kaedah untuk mencapai pelbagai peringkat pelaksanaan LPS.

“Program ini sangat strategik yang membantu mengenal pasti dan membangunkan vendor mengikut keperluan dan jangkaan pengeluar peralatan tulen (OEM),” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menyeru pemain industri tersebut supaya menyokong usaha dalam menyediakan latihan sambil bekerja bagi graduan baharu.

Dalam perkembangan berasingan, Mustapa dijadualkan akan mengumumkan maklum balas mengenai Dasar Automotif Negara (NAP) pada pertengahan Januari tahun depan.

NAP diperkenalkan pada Mac 2006 untuk membantu usaha transformasi dan integrasi industri automotif tempatan ke dalam jaringan industri serantau dan global yang semakin kompetitif.

Pada majlis itu, seramai 3,152 graduan menerima Sijil Profesional Industri dan Pensijilan Kejuruteraan Industri Automotif (AICE).
 
Back
Top
Log in Register