BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Indonesia Sekat Aplikasi e-Dagang Temu Kerana Pelanggaran Peraturan

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146
4e7a2688bc55e49c5d3b2a5d1c8ac684670e640be210a


Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia telah menyekat aplikasi TEMU dengan alasan ketidakpatuhan peraturan, bertujuan melindungi perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta pengguna.
Jurucakap Prabunindya Revta Revolusi menjelaskan bahawa TEMU – sebuah pasaran dalam talian dari China yang menghubungkan produk secara langsung dari kilang kepada pengguna – telah menimbulkan kebimbangan mengenai potensi penetapan harga pemangsa dan lambakan harga.

“Jika produk asing memasuki pasaran pada harga yang jauh lebih rendah berbanding produk PMKS, pengguna pasti akan memilih pilihan yang lebih murah, menjadikan sukar untuk PMKS kita bersaing,” menurut Prabunindya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa TEMU tidak berdaftar sebagai Operator Sistem Elektronik (ESO) di Indonesia, bermakna ia beroperasi secara haram dan gagal mematuhi peraturan percukaian.
“Proses pendaftaran ESO dianggap mudah. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada petunjuk daripada TEMU bahawa ia berhasrat untuk mematuhi peraturan itu.”
Prabunindya turut menyuarakan kebimbangan mengenai perlindungan pengguna, dengan menyatakan bahawa produk yang dijual melalui TEMU dianggap tidak mempunyai jaminan kualiti, kerana tidak mematuhi piawaian kawal selia yang ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.

 
Indo sana IPhone 16 pun depa tak bagi jual sebab ada isu yang apple belum selesaikan.
 
Temu byk offer produk tekstil kain baju dr blok komunis

Kalu masuk indo, mati la tukang jahit diorg

Kita mesia, takde produk sgt
Baju melayu pun bangla bikin 😅
 
ade pro and con dalam hal nie..tapi game china mmg gila

dorang sanggup buang harga semata mata nak bunuh pesaing..bila dah mati..dia naikkan harga ...giler sek china nie...
 
ade pro and con dalam hal nie..tapi game china mmg gila

dorang sanggup buang harga semata mata nak bunuh pesaing..bila dah mati..dia naikkan harga ...giler sek china nie...

Bukan buang rege
Tp diorg keje gaji dpt pahala bang
Cheap labour
Sbb tu bole jual mura2

Kita je beli dr diorg pastu jual balik dgn yahoodee kpd kaum kita 😅
 
dia bagus untuk iks tapi tak bagus untuk pengguna. tapi bagus untuk negara. menteri mereka tak tido la... menteri sini guna formula...padu pun entah kemana dah...berap ajuta habis kat situ.
 
Back
Top
Log in Register