BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ina Kena Marah

dakwah

Banned
Messages
1,120
Joined
Jul 5, 2006
Messages
1,120
Reaction score
7
Points
25
“INA terima banyak mesej dan surat yang marah-marah Ina. Mereka kata Ina nak glamorlah, muka tak cantik sangatlah dan macam-macam,” begitulah kata Ina Naim ketika menceritakan pengalaman yang merubah dirinya daripada seorang gadis kampung biasa menjadi seorang personaliti popular.

Mengakui dia mengenali orang yang mengirim mesej dan surat-surat tersebut, kata Ina, “Ina tak kisah apa yang mahu mereka katakan. Sekurang-kurangnya mereka ambil berat mengenai Ina. Bukan senang orang nak ambil berat tentang kita.”

Berbekalkan niat melakukan perubahan untuk mencari rezeki yang halal bagi membantu keluarga, Ina tidak menafikan peluang merubah kehidupannya diterima kerana dia bekas tunang kepada juara Akademi Fantasia 3, Mawi.

“Tapi sekarang Ina berdiri sendiri. Malah segala peluang yang Ina terima ini datang selepas Ina putus tunang,” katanya yang akan memulakan rakaman album solonya pada pertengahan Oktober ini.

*Beraya sebagai selebriti

Memandangkan pada tahun ini dia menyambut raya sebagai selebriti, bajet Ina bertambah sedikit.

“Dulu Ina hanya gadis biasa, tetapi kini Ina dah berubah sedikit. Sambutan raya mungkin lebih meriah,” kata Ina yang bakal menyambut raya di kampungnya di Muar, Johor.

Bajet sambutan raya untuk keluarga juga akan diberikan lebih sedikit daripada terdahulu.

“Kalau ada rezeki Ina akan beri duit belanja lebih sedikit kepada keluarga. Ina mahu mereka lebih gembira untuk sambutan raya kali ini,” katanya.

Setiap tahun tradisi rumah terbuka merupakan satu amalan wajib yang sering dilakukannya. Setelah bergelar selebriti, amalan tersebut akan tetap diadakan.

“Insya-Allah tahun ini Ina akan buat rumah terbuka lebih besar sedikit. Sebab sekarang pun kawan-kawan Ina makin bertambah,” kata gadis yang gemar makan kuih tart ini.

Menyingkap kenangan raya, hati Ina pasti tercuit. Maklumlah kenangan itu hanya akan mengingatkan kisahnya sebagai tunang Mawi selama dua raya. Justeru, baginya biarlah perkara yang sudah berlalu itu tidak disingkap lagi.

*Tak Punya Siapa

Mungkin ramai yang sudah menilai suara Nordiana Mohd. Naim, 22, menerusi lagu Tak Punya Siapa yang dimuatkan dalam album Lembaran Syawal yang kini telah pun berada di pasaran.

Tak Punya Siapa ciptaan Abai Os ialah lagu pengenalan Ina untuk bergelar penyanyi.

Selain Tak Punya Siapa, Ina turut menyanyikan lagu Joget Lebaran bersama kumpulan Hijjaz, Mestica, UNIC, Suhaimi dan Ae-man.

“Sebenarnya Ina seperti tidak percaya boleh merakamkan lagu tersebut. Terima kasih kepada Hijjaz Records kerana memberi kepercayaan pada Ina. Banyak perkara lagi yang perlu Ina pelajari terutama dari segi lenggok nyanyian. Sekarang ini pun Ina sedang belajar vokal dengan cikgu Syafi,’’ kata Ina penuh semangat.

Lagu Tak Punya Siapa berkisar tentang kehidupan anak-anak yatim. Kata Ina, lagu itu sesuai dengan dirinya.

“Mesti orang fikir lagu itu berkaitan peribadi Ina. Sebenarnya lagu itu berkaitan anak-anak yatim,’’ katanya yang mengambil masa dua jam untuk merakamkan lagu tersebut.

Tambah Ina, sewaktu rakaman lagu itu dia fikirkan situasi dirinya jika berada di tempat anak-anak yatim dan bukan memikirkan nasib dirinya yang putus tunang.

Ina yang mengamalkan minum air suam sebelum memasuki studio rakaman berkata, apa yang penting lagu tersebut menitikberatkan soal kasih sayang anak kepada ibu bapa.

Selain lagu Joget Lebaran dan Tak Punya Siapa, album Lembaran Syawal turut memuatkan lagu-lagu Suara Takbir dendangan asal P. Ramlee, Nasihat Ramadan oleh Nada Murni dan lagu Minal Aidin Wal Faizin (Hijjaz, UNIC, Mestica dan Suhaimi).

Kesemua lagu yang terdapat dalam album itu dirakamkan di studio Hijjaz Records.

Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album itu ialah Salam Pertemuan (UNIC), Ramadan Bulan Puasa (Ae-man) dan Semerbak Aidil Fitri (Mestica). Dalam album itu juga diselitkan dua buah puisi yang dideklamasikan oleh Ina.

Menurut Pengarah Urusan Hijjaz Group Sdn. Bhd., Hashim Ngadiman, Ina diambil sebagai artis Hijjaz Records bukan untuk dieksploitasi tapi bagi memberi ruang pada gadis itu untuk mengembangkan bakatnya.

“Dalam bidang perniagaan, kita mesti rebut apa yang boleh membawa kebaikan. Pada kami Ina boleh memberi kelebihan itu dan dia juga memerlukan sebuah syarikat rakaman untuk mengembangkan bakatnya. Dalam soal ini kami sama-sama memerlukan antara satu sama lain,’’ jelasnya.
 
pe yg aku nampak skrg ina dan mawi mcm diexploitasi je. ntah la. hrp2 mrk bahagia walaupun dh putus. dah putus tak bermaksud tak leh smbg blk. apa salahnya jilat ludah kita blk asalkan bahagia. bukan dosa pun.
 
hemmm..kesian kat diorang berdua, xploitasi oleh orang
 
kalau aku ludah,xde nyer aku nak jilat blk...yerghhh...
 
azlann1981 said:
kekekeke...macam2 hal la... :lol:
aku malas nk ambil port hal dia berdua nie......
nama sj ilmu agama tinggi.......mawi sejak jd artis ego semacam sj.......
dh sumber pendapatan dari menyanyi tu haram x silap pi teruskan juga wat pe..........betoi leh kata org dunia akhir zaman...ader pengangan agama pun x leh jadikan ukuran.,....huhuhuhuhuhuhuhu
 
paper smlm lagi best..ade anak VIP gitu dok berkenan kat si Ina..
juz hiburan di bulan puase..:D
 
aku pn sudi ...da cun ape si manis tu...
 
Back
Top
Log in Register