BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Impian besar dua pemain remaja

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
su_041-3.jpg

MOHD. FITRI (kanan) antara pemain muda yang diserap untuk memperkukuhkan cabaran skuad kebangsaan ke Trofi Juara Juara Asia.

DUA pemain skuad hoki remaja, Mohd. Fitri Saari dan Amir Farid Ahmad Fuzi mempunyai misi tersendiri pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Ordos, China pada 3 hingga 11 September ini.

Pemain tengah, Mohd. Fitri dan penyerang, Amir Farid merupakan dua pemain terbaharu yang dipanggil jurulatih Tai Beng Hai beraksi dalam skuad senior.

Kedua-dua pemain skuad Projek 2013 ini mempamer aksi cemerlang dalam lima aksi persaha- batan menentang Jepun baru-baru ini, sekali gus membuka peluang kepada mereka mengutip pengalaman dan pendedahan beraksi dalam saingan peringkat tertinggi.

Bagi Fitri, 18, peluang ini sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin dalam usahanya memikat hati Beng Hai untuk terus menagih khidmatnya pada masa hadapan.

Dia berazam untuk mengikut jejak langkah abangnya, Faizal Saari, 20, yang kini menjadi tonggak utama jentera serangan skuad kebangsaan.

“Sudah pasti saya teruja dengan peluang ini. Saya sudah bertekad untuk mempamer aksi terbaik saya pada kejohanan di China nanti,” kata Fitri baru-baru ini.

“Peluang ini bukan selalunya datang, jadi beraksi dengan skuad senior di tahap yang tertinggi adalah satu langkah besar dalam karier saya.

“Malah ia juga mungkin menjadi titik tolak penting dalam karier saya, siapa tahu saya mungkin dapat menjadi tonggak utama skuad senior nanti seperti abang saya, Faizal,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemain muda negara, Amir Farid, 20, sedar tugas yang bakal dihadapinya di China nanti bukan sesuatu yang mudah.

Meskipun mengakui dirinya agak gementar, namun penyerang yang berasal dari Perak ini tetap gembira kerana diberi peluang membuktikan keupayaanya dengan berdepan pasukan gergasi Asia yang lain.

“Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang, terutamanya jurulatih dan rakan sepasukan, namun saya akan cuba sebaik mungkin apabila turun di atas padang nanti.

“Perasaan gementar itu tetap ada tetapi dalam masa yang sama saya turut berasa teruja.

“Apa pun saya amat berterima kasih kepada pemain-pemain senior skuad ini yang banyak membantu saya.

“Mereka tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dan ini adalah sesuatu yang baik demi karier saya,” tambahnya.
 
berpotensi besar bdk due org ni...
 
zaman tu walaupon top tp ada yg lg top..india/pkistan...

tp skrg dh brubah..diorg pon down mcm kita..australia plak conquer
 
Back
Top
Log in Register