BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IMP Network Systems Sdn Bhd (631318-X) - imp2u.com

Nak tanya ni, pada leader team salamniaga. Blh bg info pasal loan TEKUN x? Sy nak bina PAIP dari IMP le plk.
 
salam cik/puan fatin...

saya dh surf web yg diberi dan bertanya kepada kwn(peg TEKUN) tentang biz yg IMP wat nih..emm..mmg betul biz yg diaorg wat..sumenyer punyai matlamat utk bangunkan network org melayu dan islam kita...konsepnya sama mcm MLM lain..tetapi yg sy lihat diaorg lebih ada tujuan utk menggalakkan usahawan2 melayu yg mana mampu mengeluarkan produk tetapi tidak mpunyai pasaran..so diaorg develop network nih..then usahawan2 yg ada produk sendiri tu leh propose kat diaorg utk join sekali..so mmg ler akan byk membantu kembangkan biz usahawan melayu kita tuh..rata2 produk diaorg bukanlah jenama terkenal atau dh establish..kalu kita tgk dr sudut positifnya,mmg bagus utk org kita..

sy sebenarnya mmg berminat utk mencuba..xcuba xtahu..pentingnya,usaha promote produk yg diaorg ada la..bila sebut MLM,sure org akan pandang serong skit sy rasa..maklum ler,skrg nih pun masih dgn amway nyer..huhu..kepada yg berminat leh try..kalu yg xberminat..xperlu la nk perlekehkan biz org kita..kalu biz dr org kita ramai jer yg persoal mcm2..tapi kalu dr org lain..ok je..walaupn kena tipu..huhuhu..kelakor lak aku ditindas dgn bangsa sendiri..apepun..harap2 IMP tu ok..xtipu org nyer..

*minta cik fatin emailkan details nyer ke : [email protected]

terima kasih..


pls check your email
 
Ada sape2 dah dpt email psl IMP2u, tlg le share kat sini. Aku dah baca tp tak clear lagi.

Persoalan aku : Kita beli barang harga 10k tp x dapat bonus @pun dpt bonus. Klu MLM lain klu dh beli barang 10k sure dpt bonus.

Tuan tanah, tlg jelas kan lagi blh x?
 
RM10k tunai dan RM10k produk IMP2u

Cara memohon pinjaman

① Isi borang stokis dan borang Tekun
② Salinan kad pengenalan – pemohon dan pasangan
③ Gambar 2 keping
④ Salinan Lesen perniagaan( klu x ada kena lah pegi office
SSM –RM 30 daftar dlm masa 2 jam siap)
⑤ Gambar permis perniagaan (klu x ada boleh ambil gambar
RUMAH) 3 keping berlainan sudut
⑥ Salinan Buku Bank
⑦ 2 orang rujukkan

Syarat2 pinjaman

① Menjadi ahli dan stokis –IMP2U (daftar RM30 sahaja)
② Tidak berkerja dgn badan kerajaan
③ Tidak muflis
④ Tiada rekod buruk dgn Tekun, MARA dan CGC
⑤ Salinanan bil utiliti (Elektrik, api dan tel)
⑥ Tempoh pinjaman balik 60 bulan (5 tahun) dan caj
perkhidmatan secara islam 8%.

Jumlah pinjaman Bulanan Interest Simpanan Jumlah
RM 20,000.00 633.33x 60bulan 8,000.00 10,000.00 37,999.80
(for 5 year)

Selepas tempoh pinjaman tamat RM 10K tunai TEKUN akan bagi balik……..
Berminat sila hubungi SARINA Hp no: 016-3132082 or email [email protected]

Sila layari web www.imp2u.com


aku siap gi ofis IMP kat wangsa maju lagi hantar borang..tapi tak dpat2 lagi pun loan..bagi penjelasan..dah sebulan nih.. ~X( ~X( ~X( ~X(
 
myMetro » Setempat
Jaja nama Tekun
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
[email protected]



KUALA LUMPUR: Awas! Anda mungkin pernah menerima SMS menawarkan pinjaman daripada Yayasan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional, sebuah institusi di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

Pinjaman yang kononnya boleh diluluskan dalam masa dua minggu itu mensasarkan peniaga kecil dengan menawarkan pinjaman sebanyak RM20,000 tanpa penjamin atau menyediakan sebarang kertas kerja.

Bagaimanapun, RM10,000 daripada jumlah pinjaman itu perlu dilaburkan dalam satu syarikat perniagaan jualan langsung yang mendakwa mereka sebagai orang tengah yang dilantik Tekun dan bakinya boleh digunakan untuk perniagaan sendiri.

Bayaran pinjaman perlu dilunaskan dalam masa dua bulan selepas pinjaman itu diluluskan dan anggaran bayaran balik ialah RM633 sebulan dalam tempoh lima tahun yang bermaksud peminjam perlu membayar sehingga RM38,000 untuk pinjaman sebanyak RM20,000.
Menurut Timbalan Pengurus Bahagian Pembiayaan Tekun, Hanafi Mohd Nor, pihaknya tidak pernah melantik orang tengah untuk menguruskan sebarang pinjaman.


“Kami ada melantik rakan niaga yang terdiri daripada syarikat jualan langsung. Syarat yang kami tetapkan ialah pinjaman yang dibuat perlu digunakan untuk perniagaan dan bukan dengan membuat dua pelaburan berasingan,” katanya.

Menurut Hanafi, Tekun juga tidak pernah menetapkan sebarang jumlah untuk bayaran balik seperti dilakukan pihak berkenaan.

“Kami tidak boleh memaksa peminjam membayar jumlah yang kami tetapkan kerana tidak semua perniagaan akan membuahkan keuntungan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, orang ramai diminta berwaspada dan tidak terpedaya dengan janji manis pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

“Peminjam tertipu kerana pihak berkenaan tidak menyatakan mengenai perniagaan jualan langsung yang mereka perlu sertai untuk mendapatkan wang pinjaman itu,” katanya.

“Mereka mengambil kesempatan dengan memperdaya orang lain terutama golongan peniaga kecil,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan membuat urusan secara terus dengan Tekun dan jangan mempercayai pihak yang mendakwa sebagai orang tengah yang mendapat mandat Tekun untuk menguruskan sebarang pinjaman.
 
ish, mana gi tuan tanah ni. Sonyap je.
 
Back
Top
Log in Register