BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imigresen, Polis Diarah Bantu Urusan Dokumen 34 Murid Rentas Sempadan Secara Haram

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
e7ac1b46de1ebf0c4bee34eed129f3c169e0bd398d02f

385b3fa495f15b16d2791f8ca38abe0669e0c0289c9e3

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berucap pada Majlis Penyerahan Dokumentasi Inisiatif Mekar Didik dan Program Kaunter Lorong di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih hari ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Polis Kelantan untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada 34 murid warga Thailand yang dikesan merentas sempadan Malaysia secara haram, baru-baru ini.

Beliau berkata arahan tersebut bertujuan mempermudahkan urusan dokumen perjalanan murid berkenaan sekiranya mereka menghadapi masalah dokumentasi sehingga terpaksa menggunakan laluan tidak sah untuk ke sekolah.

"Semalam saya beri arahan kepada Ketua Pengarah Imigresen dan juga Ketua Polis Kelantan supaya bantu anak-anak ini untuk dipermudahkan dokumen perjalanan mereka. Kita tidak mahu ikut jalur biasa iaitu menangkap mereka di bawah Akta Imigresen, buka kertas siasatan (IP) dan mengenakan kompaun.

“Sebaliknya, kita bantu mereka dari segi dokumentasi agar mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya pada sidang media selepas penyerahan dokumentasi inisiatif Mekar Didik dan Program Kaunter Lorong di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di sini hari ini.

Beliau berkata sempadan negara di Kelantan sepanjang lebih 100 kilometer dari Rantau Panjang ke Jeli mempunyai keunikan tersendiri kerana hubungan kekeluargaan yang erat antara penduduk di kedua-dua sempadan.

Saifuddin Nasution berkata kementerian sebelum ini bertindak proaktif dengan memenuhi permintaan pelajar terbabit untuk membuka pintu sempadan lebih awal bagi memudahkan urusan mereka ke sekolah.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa keselamatan negara tetap menjadi keutamaan kerana kawasan sempadan amat terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah rentas sempadan.

"Kita perlu sedar ancaman jenayah seperti penyeludupan senjata api, migran, dadah dan barangan kawalan adalah nyata. Malah, terdapat kes di mana pelajar digunakan sebagai keldai untuk menyeludup dadah merentas sempadan.

"Sebab itu, tugas pasukan keselamatan adalah mengawasi sempadan negara agar tidak terdedah kepada ancaman ini. Namun, bagi kes melibatkan pelajar, kita akan uruskan sehikmah mungkin bagi memastikan akses pendidikan mereka tidak terjejas," katanya.

 
Back
Top
Log in Register