Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
WASHINGTON 15 Mac - Lembaga Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) akan bermesyuarat hari ini untuk memberikan pinjaman bernilai AS$36.5 bilion (RM109.5 bilion) kepada Greece sehari selepas zon Eropah bersetuju dengan program bantuan baru kepada negara tersebut.
Walaupun terdapat kebimbangan ekoran IMF memberikan lebih banyak wang kepada Greece dan Eropah, serta kerisauan situasi politik negara itu bakal melambatkan progres penstrukturan semula kewangan negara itu, namun program pinjaman itu dijangka diluluskan.
Pinjaman tersebut adalah untuk empat tahun berbanding tempoh tiga tahun seperti sebelum ini di bawah kemudahan pembiayaan dipanjangkan (EFF).
Rabu lalu IMF berkata, mereka akan memanjangkan tempoh maksimum EFF selama setahun kepada empat tahun dan dapat memenuhi keperluan cadangan program Greece.