BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IMF lulus pinjaman USD12 bilion bantu ekonomi Mesir

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
5CC7D47F44640D78D77C5C4953D0F3B5_low.transformed.jpg


WASHINGTON: Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) hari ini meluluskan pinjaman tiga tahun berjumlah AS$12 bilion kepada Mesir untuk membantu pemulihan ekonomi daripada krisis inflasi dan hutang.

Lembaga Eksekutif IMF berkata, badan dunia itu akan mengagihkan AS$2.75 bilion kepada Mesir dengan serta-merta, manakala pinjaman seterusnya bergantung kepada prestasi ekonomi dan sejauh mana pelaksanaan reformasi ekonominya.

"Program pinjaman ini akan membantu Mesir dalam menstabilkan semula mikro ekonominya dan melaksanakan pertumbuhan," kata lembaga IMF dalam satu kenyataan.

Kaherah mengambil pendekatan terdesak untuk melaksanakan reformasi ekonominya dalam beberapa minggu lalu untuk menepati keperluan IMF, termasuk memotong subsidi minyak dan mengapungkan mata wangnya sehingga nilainya jatuh 45 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat.

Mesir dalam kancah kegawatan yang berlarutan selama enam tahun apabila politik dan ekonominya terumbang-ambing selepas menyaksikan dua presidennya disingkir.

Bulan lalu, IMF mengunjurkan ekonomi Mesir akan berada dalam pertumbuhan 3.8 peratus tahun ini dan 4 peratus tahun depan, namun inflasi melonjak kepada 14 peratus dan mengembang lagi kepada 17 peratus pada 2017. - AFP


http://www.bharian.com.my/node/211920
 
First time ke pinjam duit dari IMF ni?

Cuba belajar dari Jibby....Minta derma....bukan berhutang...
 
Bayarla sampai mampus...dengan kadar faedah yahudi...kena belajar dgn jibby ilmu pusing duit ni...habis satu dunia pening...
 
pasni x dpt derma...mungkin cari imf jgk
 
2.75 usd. Skit jer la.
Bijan pun ada dlam acc dia 2.6 b. Rm.
Tu yg tau. Yg tak tau berapa bil.

Rasa in total bijn ada lebih dr 2.8bil. Usd.

Kesimpulan. Baik dia mintak derma kat bijn dr imf
 
Tamak betullah Mesir ni 2 bulan lepas carigali pertemuan baru sumber minyak baru jual dekat syarikat Shell masih tak cukup lagi.
 
Back
Top
Log in Register