BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imej hantu pocong dirakam

anuarul

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,150
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,150
Reaction score
104
Points
133
DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika, lapor sebuah akhbar semalam.

Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.

Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.

Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka di sini, Sumatera Selatan pada 10 Jun lepas.

Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.

Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.

"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm
 
adehhh... nampak sgt buat sendiri
bkn fotosohop.. sendiri bungkus diri pastu berdiri blkg bdk tu, manader pocong gempal, kan pocong sumer kurus2 :p
 
mcam tipu je..
x kan la ambik gamba anak tp amik gamba kepala je..
 
publisiti murahan...yg kosmo pun sme, xde berite hot len ke nk kabor...
 
jap jap...yang korang komen tuh mana tahu benda tu tipu?
ahahahaa...
selalu jumpa puocong ka?
 
nampak putih bersih aje...lagi pun cam siang2 buat aje...aaa kaki kelepet indon ni
 
aku sokong ckp kwn kite, aku tgk gmbr tu die amik gmbr ank die paras kepala je...tk logik lgsung...nmpk sgt die dh plan fokus kt pocong tu...sj mau bikin publisiti msuk paper...nk glamer ktakn..
 
mcam tipu je..
x kan la ambik gamba anak tp amik gamba kepala je..


sokong....sokong...nampak sgt kamera dia fokus pocong tu. ptt pocong tu yg takut, tuan dia amik gamba tiba2 ada budak kt depan.
:eek:
 
Back
Top
Log in Register