BTC USD 62,528.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Imbas kembali - peristiwa objek di langit

shah_kajang

Fun Poster
Messages
733
Joined
Jan 21, 2010
Messages
733
Reaction score
32
Points
20
objek-di-langit-2.jpg


Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

objek-di-langit-1.jpg



Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.

Apa pendapat korang?
 
"Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang"

kat mana skrang kapal nih..aku nak tengok..
 
Wak tak ingat tahun berapa..92-93 kot..masa wak belajar kat mrsm kota bharu... mmg nampak objek2 ni kat langit. Satu mrsm nampak..warden pun nampak..... seram sejuk seluruh badan... mulanya riuh time nak maghrib..ada budak cakap nampak bentuk gajah..ingatkan buat lawak. Tak ambik kisah lagi..tp malam tu..mmg macam tayangan kat langit...
 
"Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3
klik
bfm4280

buah kapal yang dirancang"


kat mana skrang kapal nih..aku nak tengok..

kapal selam tu kot..kan dah ada kapal selam tu..huhuhu
 
Wak tak ingat tahun berapa..92-93 kot..masa wak belajar kat mrsm kota bharu... mmg nampak objek2 ni kat langit. Satu mrsm nampak..warden pun nampak..... seram sejuk seluruh badan... mulanya riuh time nak maghrib..ada budak cakap nampak bentuk gajah..ingatkan buat lawak. Tak ambik kisah lagi..tp malam tu..mmg macam tayangan kat langit...
so ko saksi??
 
haah..igt lagi citer sal ni...masa tu darjah 4
 
mmg pelik tapi itu kuasa Allah..yang bestnye macamana budak2 sekolah agama tu leh buat limbasan cahaya ke langit...genius..
 
Back
Top
Log in Register